MJets Air, Meterai Perkongsian Strategik dengan All Nipon Airways

KUALA LUMPUR: Anak syarikat MMAG Holdings Bhd, MJets Air Sdn Bhd, merasmikan perjanjian trafik antara talian bilateral dengan All Nippon Airways Co Ltd (ANA) Jepun.

MMAG Holdings melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini menjelaskan perkongsian strategik itu akan memanfaatkan gabungan kekuatan serta rangkaian kedua-dua syarikat penerbangan untuk mengoptimumkan operasi kargo, proses selain meningkatkan kecekapan keseluruhan.

“Perjanjian itu dijangka mengukuhkan kesalinghubungan antara Asia Tenggara, China, Jepun dan rantau Asia yang lebih luas, memastikan aliran kargo yang lebih lancar merentas pasaran utama sambil membenarkan syarikat penerbangan terbabit menawarkan rangkaian perkhidmatan yang lebih komprehensif dengan memanfaatkan kapasiti kargo masing-masing,” katanya.

Di bawah terma perjanjian itu, MJets Air dan ANA akan mengangkut penghantaran masing-masing pada laluan yang ditetapkan, dengan caj serta terma yang akan ditentukan berdasarkan kargo sebenar yang dibawa semasa tempoh sah perjanjian.

Perjanjian itu telah berkuat kuasa mulai 10 Ogos 2024 sehingga ia ditamatkan oleh mana-mana pihak.

Perkongsian itu juga dijangka menyumbang secara positif kepada keseluruhan aset bersih masa depan dan pendapatan kumpulan MMAG bagi kewangan tahun berakhir 30 September 2024.

Coelho

Related Posts

Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

KUALA LUMPUR – Perbicaraan petisyen pembubaran Sapura Holdings Sdn Bhd terus menarik perhatian apabila keterangan yang dikemukakan menunjukkan kekeliruan dan pendirian tidak konsisten oleh pengarah syarikat, Shahriman Shamsuddin, dalam isu…

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

KUALA LUMPUR: Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) mencatatkan penurunan 79.5% untung selepas cukai (PAT) sebanyak RM2.5 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, berbanding RM12.47 peratus pada 2023. Perolehan juga menurun 5.9…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

  • June 5, 2025
e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

  • June 4, 2025
Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

  • May 29, 2025
Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

  • May 29, 2025
Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025