Pos Malaysia lantik dua Pengarah baharu

KUALA LUMPUR: Pos Malaysia Berhad mengumumkan pelantikan dua individu terkemuka ke dalam lembaga pengarahnya berkuat kuasa serta-merta.

Dua individu itu adalah Datuk Mohamad Fauzi bin Md Isa sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif dan Mano Verabathran sebagai Pengarah Alternatif.

Pos Malaysia berkata, pelantikan tersebut mengukuhkan kepimpinan syarikat dalam usaha untuk terus berdaya saing dan memberikan kecemerlangan dalam perkhidmatan pos dan logistik.

Katanya, Mohamad Fauzi bin Md Isa membawa lebih 31 tahun pengalaman luas dalam perkhidmatan awam dan pernah memegang beberapa jawatan kepimpinan utama.

“Beliau kini berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Kementerian Komunikasi sejak 12 Disember 2023. Beliau sebelum ini memegang jawatan yang sama di Kementerian Komunikasi dan Digital,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, beliau juga merupakan Ahli Suruhanjaya di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, yang menekankan pemahamannya yang mendalam mengenai landskap komunikasi dan digital.

Selain itu katanya, Mano Verabathran pula mempunyai kerjaya selama 30 tahun dalam perkhidmatan awam, dengan latar belakang yang kukuh dalam kepimpinan dan strategi.

Beliau kini menjawat jawatan Timbalan Setiausaha Agung (Infrastruktur Telekomunikasi) di Kementerian Komunikasi, jawatan yang disandangnya sejak 19 Jun 2024.

Pos Malaysia berkata, antara jawatan beliau sebelum ini termasuklah Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Antarabangsa di Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sosioekonomi Komuniti India di Jabatan Perdana Menteri dan Timbalan Ketua Penolong Setiausaha di Kementerian Pengangkutan.

Coelho

Related Posts

PERDASAMA bantah cadangan ambil alih Sunway ke atas IJM, bimbang risiko terhadap ekuiti bumiputera dan dana awam

Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) menyatakan bantahan keras terhadap cadangan pengambilalihan dan pertukaran saham antara Sunway Berhad dan IJM Corporation Berhad, dengan memberi amaran bahawa urus niaga bernilai…

Vestland Batalkan Tiga Projek Rumah Mampu Milik Selangor Bernilai RM550.69 Juta

KUALA LUMPUR: Vestland Bhd memutuskan untuk tidak meneruskan tiga projek perumahan mampu milik di Selangor dengan nilai keseluruhan sehingga RM550.69 juta, yang diperoleh pada tahun 2022 daripada Splendid Forte Development…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KRONOLOGI kes skandal rasuah pegawai tertinggi ATM

  • January 23, 2026
KRONOLOGI kes skandal rasuah pegawai tertinggi ATM

Siasatan SPRM Tambah Risiko Pelaksanaan Tawaran Sunway ke atas IJM, Sentimen Pasaran Dijangka Tertekan

  • January 20, 2026
Siasatan SPRM Tambah Risiko Pelaksanaan Tawaran Sunway ke atas IJM, Sentimen Pasaran Dijangka Tertekan

China Sekat Kemasukan Cip AI Nvidia H200, Rantaian Bekalan Global Terganggu

  • January 18, 2026
China Sekat Kemasukan Cip AI Nvidia H200, Rantaian Bekalan Global Terganggu

PERDASAMA bantah cadangan ambil alih Sunway ke atas IJM, bimbang risiko terhadap ekuiti bumiputera dan dana awam

  • January 18, 2026
PERDASAMA bantah cadangan ambil alih Sunway ke atas IJM, bimbang risiko terhadap ekuiti bumiputera dan dana awam

Langgar Peraturan: Anak Syarikat Genting Plantations Didenda Pihak Berkuasa Indonesia

  • January 16, 2026
Langgar Peraturan: Anak Syarikat Genting Plantations Didenda Pihak Berkuasa Indonesia

Kes Rasuah RM2.8 Juta: Mahkamah Lepas dan Bebaskan Bung Moktar, Tuduhan Terhadap Zizie Izette Diteruskan

  • January 16, 2026
Kes Rasuah RM2.8 Juta: Mahkamah Lepas dan Bebaskan Bung Moktar, Tuduhan Terhadap Zizie Izette Diteruskan