Pelabur asing kembali ke Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia menyaksikan kehadiran semula dana asing pada minggu lalu dengan pembelian bersih ke atas ekuiti tempatan bernilai RM11.5 juta selepas mencatat aliran keluar bersih dana asing selama empat minggu berturut-turut, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).

Dalam Laporan Aliran Dana mingguan bagi minggu berakhir 31 Mac 2023, cabang penyelidikan bank pelaburan itu, MIDF Research berkata tempoh berkenaan dimulakan pada Isnin dengan aliran keluar bersih dana asing berjumlah RM80.1 juta.

Bagaimanapun, sentimen kembali meningkat pada Selasa dan tempoh berikutnya selepas data dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan Indeks Harga Pengeluar (IHPR) menguncup 0.8 peratus tahun ke tahun pada Februari 2023 berbanding pertumbuhan 1.3 peratus tahun ke tahun pada Januari 2023.

“Penguncupan itu disebabkan oleh kesan asas dan harga komoditi utama yang lebih rendah. Selain itu, kebimbangan mengenai kesan kemelut perbankan di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah juga semakin mereda dan mendorong sentimen yang lebih baik,” katanya.

MIDF berkata, Jumaat lalu menyaksikan jumlah aliran masuk asing bersih tertinggi sebanyak RM59.6 juta manakala belian bersih terendah pada Selasa iaitu RM1 juta.

Menurutnya, setakat tahun ini, pelabur asing telah melepaskan pegangan ekuiti bernilai RM1.87 bilion.

Dalam pada itu, tiga sektor teratas yang menjadi tumpuan aliran masuk bersih dana asing pada minggu lalu adalah perkhidmatan kewangan (RM51.5 juta); teknologi (RM22.6 juta) dan penjagaan kesihatan (RM16.8 juta) manakala tiga sektor dengan aliran keluar bersih asing adalah utiliti (RM54.3 juta), REIT (RM15.6 juta) dan tenaga (RM13.3 juta).

Selain itu, pelabur institusi tempatan berperanan sebagai penjual bersih pada minggu lalu iaitu sebanyak RM3.9 juta.

“Tempoh itu menjadi minggu dagangan yang bercampur-campur bagi institusi tempatan dengan aliran masuk pada Isnin berjumlah RM39.2 juta dan Rabu sebanyak RM29.6 juta manakala tempoh berbaki pada minggu itu menyaksikan aliran keluar.

“Jumaat lalu mencatat aliran keluar bersih tertinggi bagi minggu itu iaitu RM37.3 juta,” katanya.

Setakat tahun ini, institusi tempatan telah membuat belian bersih ekuiti bernilai RM1.77 bilion.

MIDF berkata, peruncit tempatan pula telah menjual ekuiti bernilai RM7.6 juta pada minggu berkenaan.

Minggu itu dimulakan secara kukuh dengan aliran masuk dana berjumlah RM41 juta pada Isnin dan seterusnya Selasa pada RM12.8 juta manakala tempoh berbaki minggu terbabit menyaksikan aliran keluar dana oleh peruncit.

Aliran keluar tertinggi dicatatkan pada Rabu iaitu RM34.6 juta.

Kelompok peruncit tempatan adalah pembeli bersih ekuiti setakat ini dengan nilai RM91.9 juta.

Memperincikan aspek penyertaan, MIDF berkata nilai purata dagangan harian (ADTV) dalam kalangan peruncit tempatan turun sebanyak 12.5 peratus manakala institusi tempatan 13.9 peratus dan pelabur asing sebanyak 12.3 peratus.

  • Coelho

    Related Posts

    Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

    KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan ahli perniagaan Wong Shee Kai atau Ricky Wong, Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd terhadap perintah injunksi yang membekukan…

    LYC Healthcare Berdepan Penggantungan Dagangan, Risiko Dinyahsenaraikan Bursa Malaysia

    KUALA LUMPUR – LYC Healthcare Berhad berdepan risiko digantung dagangan di Bursa Malaysia mulai 10 Ogos 2026 sekiranya gagal mengemukakan laporan tahunan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026 sebelum…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    • October 24, 2026
    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    • October 23, 2026
    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    • October 23, 2026
    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    • October 23, 2026
    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    • October 23, 2026
    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    • September 30, 2026
    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028