Matrade peroleh RM2.44 bilion potensi jualan dengan pengimport China

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) memperoleh sejumlah RM2.44 bilion potensi jualan dengan sembilan pengimport utama China.

Matrade berkata, antara produk Malaysia yang diminati pengimport China termasuk minyak sawit dan produk berkaitan, sarang burung yang boleh dimakan, makanan dan minuman, durian dan produk besi.

Tambahnya, kerjasama itu diperolehi semasa mensyuarat meja bulat yang diadakan sempena lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China baru-baru ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Matrade Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz, Matrade sentiasa mengikuti trend penawaran dan permintaan terkini a termasuk menggandingkan pengimport China dengan pembekal Malaysia dengan segera.

“Selain itu, Matrade turut menawarkan bantuan kepada para pengimport berkenaan untuk menghubungi pembekal Malaysia secara maya atau fizikal,” katanya dalam satu kenyataan.

Matrade berkata, semasa forum perniagaan yang diadakan itu, sebanyak 19 memorandum persefahaman (Mol) dimeterai merangkumi kerjasama perdagangan dan pelaburan serta kerjasama pertukaran budaya.

Forum perniagaan itu dihadiri lebih 1,000 wakil perniagaan China dan Malaysia.

China telah menjadi rakan dagang terbesar Malaysia selama 14 tahun berturut-turut dan menyumbang sebanyak 17.1% daripada jumlah perdagangan Malaysia.

Pada 2022, but pertama kali eksport Malaysia ke China sahaja melepasi paras RM200 bilion manakala jumlah import pula bernilai RM276.5 juta.

Sepanjang tempoh Januari hingga Februari 2023, perdagangan dengan China mengecil 2.1% kepada

RM70.82 bilion berbanding tempoh yang sama pada 2022.

Eksport juga jatuh 9.1% kepada RM28.33 bilion berikutan penurunan eksport kéluaran besi dan keluli, produk petroleum serta minyak sawit dan produk pertanian berasaskan minyak sawit.

Bagaimanapun, peningkatan eksport dilihat untuk produk E&E, bijih logam dan sekerap logam serta LNG.

Import dari China meningkat sebanyak 3.6% kepada RM41.49 bilion dalam tempoh itu berbanding tempoh yang sama pada 2022.

  • Coelho

    Related Posts

    Johor muncul hab pusat data, kapasiti sah cecah 1,473MW

    KUALA LUMPUR – Johor kini menjadi hab utama pusat data (DC) negara dengan kapasiti sah mencecah kira-kira 1,473 megawatt (MW), menurut laporan pasaran semasa oleh DC Byte. Berdasarkan laporan Asia…

    Kerajaan digesa 13 persatuan labur semula kutipan WPL melalui KPK

    KUALA LUMPUR:13 belas persatuan utama dalam sektor perladangan dan komoditi menggesa kerajaan supaya melabur semula kutipan Cukai Keuntungan Luar Biasa (WPL) ke dalam industri itu melalui Kementerian Perladangan dan Komoditi…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Vantris Energy Nafi Terbabit Siasatan SPRM – Akaun Tidak Dibekukan dan tiada RM12 Juta Dilucuthak

    • September 13, 2025
    Vantris Energy Nafi Terbabit Siasatan SPRM – Akaun Tidak Dibekukan dan tiada RM12 Juta Dilucuthak

    Johor muncul hab pusat data, kapasiti sah cecah 1,473MW

    • September 7, 2025
    Johor muncul hab pusat data, kapasiti sah cecah 1,473MW

    SPRM bakal umum perkembangan kes rasuah berprofil tinggi Selasa ini

    • September 7, 2025
    SPRM bakal umum perkembangan kes rasuah berprofil tinggi Selasa ini

    Kerajaan digesa 13 persatuan labur semula kutipan WPL melalui KPK

    • August 27, 2025
    Kerajaan digesa 13 persatuan labur semula kutipan WPL melalui KPK