MyAirline perkenal Menu Ramadan

SUBANG JAYA – Syarikat pe­nerbangan kos rendah, MyAirline bakal memperkenalkan Menu Ramadan tidak lama lagi, bersempena ketibaan bulan puasa pada minggu keempat bulan ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rayner Teo berkata, hidangan itu disasarkan untuk tujuan berbuka puasa dalam pesawat atau boleh dibawa pulang untuk berbuka di destinasi. “Harganya masih belum ditentukan, tetapi ia adalah hidangan […]

Penangan Maryam Duriankimchi, 300,000 helai tudung jenama Leeyanarahman terjual dalam masa sejam

Sejumlah 300,000 helai tudung jenama Leeyanarahman Scarves menampilkan wajah wakilan pempengaruh media sosial, Maryam Durian Kimchi habis licin terjual dalam tempoh kurang sejam kelmarin lalu. Koleksi tudung harga mampu milik RM29, kualiti ‘kayangan’ diberi nama Wanita Dambaan Syurga yang dihadirkan dengan 20 pilihan rekaan itu dilancarkan secara rasmi hari ini. Menurut Pengasas jenama Leeyanarahman, Nur […]

CelcomDigi, SK Telecom firma Korea jalin kerjasama perkasa ‘Metaverse’

BARCELONA: CelcomDigi Bhd (CelcomDigi) menjalin kerjasama strategik dengan SK Telecom, pengendali telekomunikasi tanpa wayar Korea Selatan bagi memperkasakan ‘metaverse’ dan kecerdasan buatan (AI) . Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi, Datuk Idham Nawawi, berkata memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai bersama SK Telecom itu adalah bagi meneroka dan membangunkan Platform Metaverse Mudah Alih pertama di Malaysia yang diterajui […]

Microsoft labur berbilion dolar dalam OpenAI

WASHINGTON: Microsoft melakukan pelaburan ‘berbilion dolar, beberapa tahun’ dalam OpenAI, syarikat kepintaran buatan (AI) yang menghasilkan ChatGPT dan alat lain yang boleh membaca teks dan menjana imej baharu. Gergasi teknologi itu menyifatkan perjanjian baharu berkenaan sebagai peringkat ketiga kerjasama yang sedang berkembang dengan OpenAI, syarikat berpangkalan di San Francisco, yang bermula dengan pelaburan AS$1 bilion […]

Dua Datuk direman empat hari isu konsesi Menara KL

PUTRAJAYA – Dua pengarah kanan syarikat bergelar ‘Datuk’ direman selama empat hari sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan kes pembelian saham dan isu pengambilalihan pengurusan Menara Kuala Lumpur (Menara KL). Perintah tahanan reman terhadap individu berusia 49 dan 59 tahun itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin di Mahkamah Majistret, di sini hari ini, selepas permohonan […]