KWSP tidak lagi menjadi pemegang saham utama Affin Bank, buka laluan kepada Kerajaan Sarawak

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak lagi menjadi pemegang saham besar Affin Bank Bhd selepas melupuskan tiga juta saham dalam kumpulan perbankan itu. Pelupusan saham Affin Bank oleh KWSP berlaku pada 12 April, menurut makluman di Bursa Malaysia. Namun, makluman itu tidak menyatakan nilai urus niaga itu, dan juga tidak menyatakan baki jumlah […]

LTAT sahkan sedang berbincang dengan Kerajaan Sarawak berhubung penjualan saham Affin Bank

KUALA LUMPUR: Pemegang saham utama Affin Bank Bhd iaitu Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengesahkan sedang mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak terhadap kemungkinan berlakunya pertukaran pegangan saham dalam bank itu. Sebarang transaksi yang mungkin terhasil daripada perbincangan tersebut akan dilakukan mengikut peraturan berkaitan, demikian menurut Affin Bank dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia. […]