KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Berhad mengumumkan pelantikan Raja Teh Maimunah Raja Abdul Aziz sebagai Pengarah Kepentingan Awam dan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, berkuat kuasa 1 Julai 2024. Pengarah Kepentingan Awam dilantik oleh Menteri Kewangan menurut Seksyen 10(1)(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007. Tan Sri Abdul Wahid Omar, Pengerusi Bursa Malaysia, berkata, “Kami berbesar hati […]