Ringgit di paras RM4.66 sedolar pagi ini

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan berlakunya pembetulan teknikal selepas pergerakan cergas dalam tempoh tiga hari dagangan lepas, kata seorang penganalisis. Pada 9.05 pagi, ringgit menyusut nilai kepada 4.6550/6600 berbanding dolar AS daripada paras penutupan dagangan Isnin pada 4.6340/6400. Pengarah Urusan Pengurusan Aset SPI Stephen Innes berkata hasil AS telah […]

SEDANIA peroleh 51% dalam Tanamera bernilai RM8.18 juta

KUALA LUMPUR: Sedania Innovator Bhd mengukuhkan kedudukannya dalam segmen penjagaan kesihatan mampan dengan pemerolehan sebanyak 51% kepentingan dalam Tanamera Group Sdn Bhd. Ia berikutan pemeteraian perjanjian jualan saham (SSA) dan perjanjian langganan (SA) antara Sedania dan Tanamera hari ini. Cadangan pemerolehan secara tunai sebanyak RM8.18 juta akan dibiayai oleh dana dalaman, dan dijangka dapat diselesaikan […]

Jamie Ling Ketua Pegawai Eksekutif AMMB baharu bermula 23 November 2023 ganti Sulaiman

KUALA LUMPUR: AMMB Holdings Bhd telah melantik Ling Fou-Tsong @ Jamie Ling sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif AmBank (M) Berhad yang baharu, berkuat kuasa 23 November 2023. Jamie, 55, merupakan seorang akauntan bertauliah dengan pengalaman yang kaya dan rekod prestasi terbukti. Jamie berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan sejak 2017, di […]

Ringgit semakin kukuh kepada RM4.67 sedolar AS

KUALA LUMPUR: Nilai ringgit dibuka kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) kerana kitaran kenaikan kadar faedah AS disifatkan akan berakhir untuk tahun ini, sekali gus mengurangkan sentimen risiko, kata seorang penganalisis. Pada 9.05 pagi, ringgit menambah nilai kepada 4.6750/6810 berbanding dolar AS daripada penutupan dagangan Jumaat lepas pada 4.7265/7320. Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank […]

1MDB: Mahkamah benar tiga pertuduhan terhadap Najib dipinda

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk meminda tiga pertuduhan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dihadapi Datuk Seri Najib Tun Razak. Selain dua pertuduhan pengubahan wang haram, satu lagi membabitkan dakwaan menyalahgunakan kuasa yang dihadapi bekas Perdana Menteri itu. Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) memutuskan demikian semasa prosiding […]

KNM akan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tolak lanjutan perintah sekatan

KUALA LUMPUR: KNM Group Bhd akan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk melanjutkan perintah sekatan terhadap pemiutangnya. Dalam pada itu, kumpulan itu telah diberikan perintah sekatan sementara di bawah Injunksi Erinford, katanya dalam makluman di Bursa Malaysia bertarikh 2 November. KNM telah memperoleh perintah sekatan terhadap pemiutangnya sejak 15 Dis 2022, yang […]

Ringgit dijangka mengukuh kepada RM4.30 berbanding dolar AS – MIDF Research

KUALA LUMPUR: Ringgit diunjur mengukuh pada paras RM4.30 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir tahun ini. Ia susulan jangkaan Rizab Persekutuan AS (Fed) yang dikatakan telah mengakhiri kitaran dasar monetarinya yang ketat, kata MIDF Research. Dalam nota tinjauannya, cabang penyelidikan MIDF Amanah Investment Bank Bhd itu berkata ini juga seiring dengan jangkaannya bahawa mata […]

Berjaya Corp pemegang saham utama Salcon dengan 5.43% kepentingan

KUALA LUMPUR: Berjaya Corp Bhd (BCorp) telah muncul sebagai pemegang saham utama Salcon Bhd, selepas memperoleh 5.43% kepentingan. Susulan pengambilalihan kepentingan yang terdiri daripada 55 juta saham itu, BCorp merupakan pemegang saham ketiga terbesar syarikat kejuruteraan air dan air sisa tersebut. Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, BCorp tidak mendedahkan harga pembelian saham itu namun […]

Ringgit meningkat selepas BNM umum OPR kekal

KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan urus niaga Jumaat yang juga hari terakhir dagangan minggu ini dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika beberapa bank pusat utama dunia menangguhkan langkah menaikkan kadar faedah masing-masing minggu ini. Di peringkat tempatan, sentimen turut dipacu oleh tindakan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar […]

PETRONAS umum penemuan minyak di Suriname

KUALA LUMPUR: PETRONAS Suriname E&P B.V. (PETRONAS Suriname E&P), menemui minyak di telaga penerokaan Roystonea-1 di Blok 52 Suriname. Syarikat minyak dan gas nasional itu dalam satu kenyataan berkata, telaga minyak yang terletak kira-kira 185 kilometer di luar pesisir pantai dengan kedalaman air 904 meter itu berjaya digerudi sehingga kedalaman keseluruhan 5,315 meter. Turut ditemui […]