SPRM sita Menara Ilham

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita Bangunan Menara Ilham yang terletak di ibu negara, lapor media. Bangunan pencakar langit itu didakwa milik keluarga bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, yang juga teman rapat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Notis penyitaan bangunan setinggi 60 tingkat itu bertarikh 18 Disember lalu disiarkan semalam […]

ASB umum dividen 5.25 sen seunit

KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.25 sen seunit untuk dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023. Jumlah itu terdiri daripada pengagihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit dan bonus 1.00 sen seunit. Bilangan […]

Ibubapa jangan tipu pendapatan semata-mata mahu anak masuk MRSM – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR: Ibubapa diingatkan tidak menipu status pendapatan supaya dikategorikan sebagai B40, bagi membolehkan anak mereka diterima masuk ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Teguran itu dibuat Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang turut mengingatkan bahawa tindakan itu menyebabkan anak mereka belajar dalam keadaan tiada keberkatan kerana mengambil hak orang miskin yang lain. […]

Kerajaan salur RM255 juta kepada pekebun kecil getah hadapi musim tengkujuh

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM255 juta diperuntukkan kepada pekebun kecil getah di seluruh negara yang terkesan akibat musim tengkujuh tahun ini bagi meringankan beban mereka dalam menghadapi cabaran pengeluaran hasil getah ketika ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata peruntukan itu akan disalurkan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). Beliau yang […]

Jati Tinggi bermula cemerlang hari pertama di Bursa Malaysia, 30 sen sesaham

KUALA LUMPUR: Jati Tinggi Group Bhd, syarikat kejuruteraan utiliti infrastruktur hari ini meraikan penampilan sulung di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd dengan premium 13% apabila harga sahamnya dibuka pada 30.5 sen berbanding harga IPO 27 sen sesaham. Melalui IPO itu, Jati Tinggi berjaya mengumpul sebanyak RM18.04 juta. Daripada jumlah itu, sebanyak RM7 juta diperuntukkan […]

Pengasas RHB, Abdul Rashid dilantik sebagai Pengerusi baharu TH

PUTRAJAYA: Tan Sri Abdul Rashid Hussain dilantik sebagai Anggota Lembaga dan Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) yang baharu berkuat kuasa hari ini. Pelantikan Abdul Rashid adalah bagi menggantikan Tan Sri Azman Mokhtar yang tamat tempoh sebagai Pengerusi. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar, berkata pengalaman luas beliau sebagai […]

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit meningkat untuk dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu selepas dolar AS kembali rendah, apabila harapan terhadap penurunan kadar faedah mulai tahun depan muncul, kata penganalisis. Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6570/6605 berbanding dolar AS daripada 4.6760/6805 ketika ditutup pada Selasa. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr […]

Bursa Malaysia di paras tertinggi dalam tempoh sebulan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi menjejaki prestasi Wall Street semalaman yang lebih baik, berdasarkan jangkaan aliran masuk dana asing yang berterusan ke bursa tempatan. Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.38 mata kepada 1,465.66 daripada 1,465.28 semalam. FBM KLCI dibuka tinggi 1.28 mata kepada 1,466.56. Bagaimanapun, suasana pasaran negatif berikutan […]