Minetech Resources rombak lembaga pengarah, Abang Abdillah Izzarim kini pemegang saham terbesar

KUALA LUMPUR: Anak Premier Sarawak, Abang Abdillah Izzarim Abang Abdul Rahman Zohari kini memiliki 16.82% kepentingan ekuiti di dalam Minetech Resources Berhad. Pada asalnya beliau memperoleh 15.58% kepentingan atau 240 juta saham daripada Datuk Awang Daud Awang Putera, yang juga pengasas bersama Serba Dinamik Sdn Bhd, tidak lagi menjadi pemegang saham besar Minetech pada Disember […]

BLD Plantation beli dua tanah di Sarawak dengan nilai RM24 juta

KUALA LUMPUR: BLD Plantation Bhd menerusi anak syarikatnya, Kirana Palm Oil Refinery Sdn Bhd telah menandatangani dua perjanjian jual beli (SPA) untuk membeli dua tanah di Bintulu, Sarawak bernilai RM24 juta. Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, BLD Plantation berkata SPA tersebut dimeterai dengan Syarikat Sebangun Sdn Bhd melibatkan tanah 1.45 hektar dengan pertimbangan pembelian sebanyak […]

Saham SCIB menjunam hari kedua berturut-turut

KUALA LUMPUR: Saham Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) menjunam 30 sen atau 35.93% pada sesi pagi Rabu, mencecah had turun (limit down) untuk hari kedua berturut-turut. Penurunan drastik itu memadamkan semua keuntungan aliran meningkatnya sejak tiga bulan lalu. Bursa Malaysia semalam yang telah mengeluarkan ‘pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa’ (UMA), didagangkan pada paras terendah dalam […]

Pelantikan Sultan Johor sebagai Agong ke-17 pemangkin sentimen positif pelabur di dalam sektor hartanah dan infrastruktur

KUALA LUMPUR: Pelantikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, disifatkan menjadi satu daripada pemangkin memperkasa semula pembangunan infrastruktur dan hartanah, khususnya di Johor. Firma penyelidikan ekonomi, AmInvest Research berkata, faktor Agong baharu yang bakal memulakan tugas baginda pada 31 Januari ini, menyemarakkan sentimen positif pelabur bagi kedua-dua sektor tersebut, khususnya […]

Majoriti pemegang saham Top Glove luluskan 10 resolusi dalam AGM ke-25

KUALA LUMPUR: Majoriti pemegang saham Top Glove Corp Bhd meluluskan semua resolusi pada mesyuarat agung tahunan (AGM) syarikat itu yang ke-25 pada Rabu. Daripada 10 resolusi itu, dua resolusi dikategorikan di bawah perniagaan khas, iaitu, kuasa untuk menerbitkan saham menurut Akta Syarikat 2016 dan pengenepian hak pendahuluan, serta cadangan pembaharuan kuasa beli balik saham, di […]

Rasuah Agong: Tun M minta bukti, jangan jadi pengecut

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad mendesak pihak yang menuduhnya merasuah Yang di-Pertuan Agong RM500 juta hingga RM1 bilion atas tujuan menumbangkan Kerajaan Perpaduan untuk mengemukakan bukti. Bekas Perdana Menteri itu melabelkan individu yng melemparkan dakwaan itu sebagai pengecut kerana berselindung. “Sila buktikan bahawa saya melakukan ini. Membuat kenyataan sedemikian dan menyembunyikan identiti anda adalah […]

SC lantik Tan Sri Abu Samah Nordin sebagai Pengerusi Lembaga Pemantauan Audit SC baharu

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) melantik Tan Sri Abu Samah Nordin sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Lembaga Pemantauan Audit (AOB) berkuat kuasa 5 Januari 2024. Perlantikan Abu Samah bagi menggantikan Datuk Anantham Kasinather, yang menamatkan penggal tiga tahunnya sebagai pengerusi bukan eksekutif AOB pada 30 November 2023. AOB SC dalam satu kenyataannya menzahirkan penghargaan kepada […]

Saham Rohas melonjak selepas pengumuman perolehan kotrak RTS Link

KUALA LUMPUR: Saham Rohas Tecnic Bhd meningkat setinggi 10 sen atau 33.33% kepada 40 sen, tertinggi sejak Februari 2021 dalam dagangan yang cergas hari ini. Ia selepas pengumuman bahawa konsortium yang diterajui oleh kumpulan kejuruteraan pembinaan itu mendapat kontrak bernilai RM199.84 juta di bawah projek Laluan Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura. Kaunter itu […]

1.4 juta ahli KWSP terima RM500 ‘one-off’ insentif caruman tambahan

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan telah mengkreditkan insentif caruman tambahan kerajaan sebanyak RM500 kepada 1.4 juta ahlinya yang berumur antara 40 dan bawah 55 tahun. Dalam satu kenyataan, KWSP memberitahu pembayaran itu adalah berjumlah RM708 juta. Dana persaraan itu berkata insentif berkenaan diperuntukkan kepada ahli yang mempunyai simpanan KWSP berjumlah […]