Tahap celik kewangan digital rakyat masih rendah – BNM

KUALA LUMPUR: Tahap kesedaran dan kepercayaan yang rendah serta keyakinan dan tahap celik kewangan digital yang masih terhad terus menjadi halangan bagi sesetengah segmen masyarakat untuk menerima pakai dan meraih manfaat daripada perkhidmatan kewangan digital (DFS). Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi Laporan Tahunan 2022 menjelaskan penekanan tentang kepentingan celik kewangan sebagai kemahiran hidup dapat melengkapkan […]

BNM sumbang RM2.7 bilion dividen kepada kerajaan

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) menyumbang RM2.7 bilion daripada keuntungan bersihnya pada tahun kewangan 2022 sebagai dividen kepada kerajaan, lebih rendah berbanding RM5 bilion pada 2021. Bank pusat itu dalam Laporan Tahunan 2022, berkata pada tahun lalu ia menjana keuntungan bersih selepas cukai sebanyak RM6.986 bilion berbanding RM12.8 bilion pada tahun sebelumnya. Keuntungan bersih […]

Pembeli hartanah Singapura di Johor meningkat 20%

KUALA LUMPUR: Pembelian hartanah Singapura di Johor mendapat sambutan menggalakkan daripada pembeli Singapura dengan peningkatan sebanyak 20% pada Mac berbanding dengan suku Disember 2022, menurut Juwai IQI. Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI, Kashif Ansari, berkata peningkatan itu berikutan mata wang dolarnya yang kukuh dan Projek Sistem Transit Rapid Johor Bharu-Singapura (RTS […]

Malaysia catat peningkatan eksport, import pada Februari, Johor tertinggi

KUALA LUMPUR: Jumlah eksport dan import direkodkan lebih tinggi bagi kebanyakan negeri pada bulan Februari 2023 berbanding bulan sama tahun sebelumnya..  Ia didahului oleh Johor (+RM5 bilion), Pulau Pinang (+RM3 bilion), Kuala Lumpur (+RM2.1 bilion), Sarawak (+RM1.2 bilion), Negeri Sembilan (+RM450.8 juta), Melaka (+RM424.7 juta), Kelantan (+RM333.0 juta), Terengganu (+RM159.1 juta) dan Selangor (+RM56.1 juta). […]

CBP bantu pelanggan bermasalah bayar balik pinjaman

KUALA LUMPUR: Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Bhd (CBP) menawarkan kempen PULIH, iaitu penjadualan semula pembayaran ansuran pinjaman pelanggannya yang menghadapi masalah kewangan sewaktu ketidaktentuan ekonomi ketika ini. Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Annuar, berkata matlamat PULIH adalah untuk membantu pelanggan menguasai situasi kewangan dan merangka pelan pembayaran semula pembiayaan secara peribadi melalui rundingan […]