Bursa Malaysia catat untung bersih RM132.4 juta bagi separuh pertama 2023, peningkatan 3.9% berbanding RM127.4 juta

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Berhad mencatatkan untung bersih sebanyak RM132.4 juta untuk separuh tahun pertama berakhir 30 Jun 2023 iaitu peningkatan 3.9% berbanding RM127.4 juta bagi tempoh sama tahun lalu. Peningkatan ini disumbangkan oleh penurunan dalam perbelanjaan mengurus sebanyak 8.5% kepada RM131.1 juta pada separuh pertama tahun ini berbanding RM143.2 juta pada tahun lalu terutamanya […]

Keputusan PRN 6 negeri tidak gugat kestabilan politik peringkat pusat – Fahmi

PUTRAJAYA: Kestabilan politik di peringkat pusat tidak akan tergugat kerana tidak akan ada perubahan yang berlaku di peringkat itu walau apa jua keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil. Berucap pada majlis perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di sini hari ini, Fahmi berkata kestabilan politik […]

Ejen bantu warga China di KLIA gagal dikesan

PUTRAJAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, ejen kepada wanita warga China yang cuba memasuki Malaysia menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) sehingga mencetuskan kekecohan baru-baru ini, gagal dikesan. Sehubungan itu, beliau sudah mengarahkan agensinya supaya menamatkan siasatan dan menyerahkan laporan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut. “Saya ingin […]

Helikopter terhempas di perairan Queensland, misi mencari anggota tentera Australia diteruskan

SYDNEY: Misi mencari anggota tentera Australia yang hilang selepas helikopter yang dinaiki terhempas di perairan Queensland diteruskan pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa). Empat anggota hilang selepas helikopter MRH-90 Taipan karam di perairan berhampiran Pulau Hamilton ketika menyertai latihan ketenteraan pada Jumaat, kata menteri untuk petugas pertahanan, Matt Keogh. “Misi mencari sedang berjalan melibatkan […]

Agong, Permaisuri ucap selamat Hari Pahlawan kepada warga ATM, PDRM

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong danRaja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan selamat Hari Pahlawan kepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Baginda berdua turut menzahirkan setinggi penghargaan kepada para perwira ATM dan PDRM atas jasa, khidmat dan bakti yang dicurahkan dalam melindungi kedaulatan dan menjaga keselamatan tanah air tercinta. Istana […]

SCIB mulakan prosiding terhadap Dynamic Prestige Consultancy, tuntut RM14 juta

KUCHING: Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB), pakar dalam bidang kejuruteraan awam, mengumumkan telah memulakan prosiding undang-undang terhadap Dynamic Prestige Consultancy Sdn Bhd. bagi menuntut bayaran balik yang tidak dipenuhi sebanyak RM14 juta. SCIB dalam satu kenyataan hari ini berkata, jumlah itu adalah bayaran awal untuk rancangan perkongsian perniagaan strategik dalam sektor Kejuruteraan, Perolehan, Pembinaan dan […]

Malaysia catat jumlah dagangan RM222.1 bilion pada Jun – DOSM

KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan jumlah perdagangan bernilai RM222.1 bilion pada Jun 2023 dengan eksport dan import masing-masing bernilai RM124.0 bilion dan RM98.2 bilion, kata Jabatan Perangkaan (DOSM). Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin dalam kenyataan hari ini berkata eksport dan import masing-masing merosot 14.1 peratus dan 18.9 peratus pada Jun 2023 berbanding Jun 2022. […]

Saham Datasonic catat peningkatan tertinggi selepas Tengku Dato’ Indera Abu Bakar Ahmad Tengku Abdullah dilantik sebagai pengerusi

KUALA LUMPUR: Harga saham Datasonic Group Bhd mencatat peningkatan dalam dagangan rancak pada pagi ini. Ia susulan selepas kumpulan itu melantik Tengku Dato’ Indera Abu Bakar Ahmad Bin Almarhum Tengku Tan Sri Abdullah sebagai pengerusi eksekutifnya, pada Rabu. Pada pukul 9.20 pagi, saham Datasonic mencecah 51 sen sebelum mereda ke paras 47 sen atau peningkatan […]

Sime Darby Motors lancar EV kedua, BYD Dolphin dengan harga bermula RM99,900

KUALA LUMPUR: Sime Darby Motors melancarkan model kereta elektrik (EV) kedua, BYD Dolphin ke pasaran Malaysia. Tersedia dalam dua varian iaitu Dynamic Standard Range ditawarkan pada harga dari RM99,900 dan Premium Extended Range RM124,900. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby Bhd, Datuk Jeffri Salim Davidson, berkata pengenalan model baharu itu dilaksanakan berdasarkan sambutan yang sangat […]