Bantuan Khas RM300 kepada penjawat awam, RM200 kepada pesara – PM

KUALA LUMPUR: Penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak bakal menerima bantuan khas penghargaan sebanyak RM300. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan bantuan khas penghargaan sebanyak RM200 kepada pesara kerajaan, termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen […]

Kredit e-tunai RM100 kepada rakyat dewasa – PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menawarkan kredit e-tunai RM100 kepada semua rakyat dewasa di negara ini yang berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah dengan peruntukan RM1 bilion. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata inisiatif itu akan memanfaatkan lebih 10 juta rakyat berusia 21 tahun ke atas, merangkumi golongan B40 dan M40. Beliau berkata, pemebrian e-tunai itu […]

Poster tular mengenai ‘Elaun Madani’ kepada penjawat awam palsu

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan hari ini menafikan kerajaan akan memberikan ‘Elaun Madani’ sebanyak RM800 kepada penjawat awam. Kementerian itu menegaskan bahawa maklumat mengenai ‘Elaun Madani’ kepada semua kakitangan awam adalah palsu. “Berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan berita-berita sebegini di media sosial. “Ikuti saluran rasmi Kementerian Kewangan dan pastikan pautan adalah sah dan betul. Tidak […]

CAAM larang penerbangan dron tanpa kelulusan pada PRN

KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengingatkan orang ramai supaya tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan di kawasan tumpuan ramai sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan. CAAM dalam perkongsian di Facebook rasminya memaklumkan larangan tersebut bagi memastikan kelancaran pilihan raya itu selain mengelakkan kejadian tidak […]

IMF beri amaran kelembapan ekonomi hingga 2024

WASHINGTON: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menaikkan sedikit tinjauan pertumbuhan global tahun ini didorong oleh aktiviti sektor perkhidmatan yang berdaya tahan pada suku pertama dan pasaran pekerjaan yang kukuh. Namun, di sebalik tinjauan ekonomi yang sedikit lebih baik, pertumbuhan global dijangka perlahan kepada tiga peratus tahun ini dan akan kekal pada paras itu pada 2024 disebabkan […]

Menara CelcomDigi dijual pada harga RM450 juta

KUALA LUMPUR: Sentral REIT hari ini menandatangani perjanjian jual beli bersyarat (SPA) untuk mengambil alih bangunan pejabat 27 tingkat yang dikenali sebagai Menara CelcomDigi di Petaling Jaya Sentral dengan harga RM450 juta daripada Puncak Wangi Sdn Bhd (PWSB). PWSB adalah anak syarikat milik penuh Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB). Sentral dalam satu makluman kepada Bursa […]

Kadar inflasi Malaysia turun kepada 2.4% – DOSM

PUTRAJAYA: Kadar inflasi negara pada Jun 2023 mereda kepada 2.4%, menjadikannya kadar terendah dalam enam bulan pertama 2023, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata peningkatan perlahan inflasi dalam bulan itu didorong oleh kenaikan lebih rendah bagi kumpulan restoran dan hotel 5.4% berbanding 6.7% pada Mei […]

Anwar imamkan solat jenazah Salahuddin

PONTIAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengimamkan solat jenazah Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub di Masjid Jamek Dato’ Haji Noh Gadot di Serkat di sini hari ini.Turut hadir memberi penghormatan adalah Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.Hadir sama Menteri Besar Johor […]

Justin sangkal dihubungi SPRM

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Sersol Bhd, Justin Lim Hwa Tat menegaskan dirinya tidak menerima sebarang notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memerlukan dia hadir untuk memberi sebarang keterangan. Ia selepas kenyataan SPRM yang menyenaraikan dirinya sebagai individu yang dikehendaki bagi membantu siasatan di bawah seksyen 30 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. […]