AirAsia X gagal mohon keluar status PN17

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Securities Bhd menolak permohonan AirAsia X Bhd (AAX) untuk dilepaskan dari Nota Amalan 17 (PN17) dan sebaliknya memberikannya sehingga 17 Januari 2024 untuk menyerahkan pelan regularisasinya. Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, AAX berkata ia akan mempertimbangkan semua pilihan yang ada (termasuk kemungkinan membuat rayuan) dan akan mengumumkan tindakan seterusnya […]

Ketua Hakim Negara beri jaminan Badan Kehakiman Negara berfungsi tanpa berat sebelah

KUALA LUMPUR: Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, memberi jaminan bahawa Badan Kehakiman Malaysia, melalui prinsip Kedaulatan Undang-undang yang dianuti oleh kerjasama ASEAN, akan terus melaksanakan fungsinya tanpa rasa takut atau pilih kasih dan tanpa berat sebelah bagi mana-mana pihak tertentu. Tengku Mainmun berkata, Perdana Menteri sangat percaya dengan prinsip ini dan sokongan […]

Kutipan tabung kemanusiaan Palestin kini RM81 juta

PUTRAJAYA: Kutipan tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) yang dikendalikan Kementerian Luar kini berjumlah RM81 juta, menghampiri sasaran RM100 juta. Perdana Menteri Anwar Ibrahim, memberi jaminan dana tabung itu akan disalur terus untuk perubatan, makanan, minuman serta kemudahan asas rakyat Palestin yang terjejas ketika ini. “Saya terharu dalam masa singkat, dengan dana awal, kita […]

Eksport negara cecah RM1.06 trilion dalam tempoh sembilan bulan 2023

KUALA LUMPUR: Eksport Malaysia melepasi aras RM1 trilion apabila mencecah RM1.06 trilion dalam tempoh sembilan bulan pertama 2023, namun 8.4% lebih rendah berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan berkata, bagi tempoh Januari hingga September 2023, import berkurangan sebanyak 8.9% kepada RM882.24 bilion manakala lebihan dagangan menyusut […]

Muhyiddin nafi ada kaitan dengan MYAirline, minta hentikan politik kotor

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menafikan beliau mempunyai kaitan dengan syarikat penerbangan tambang murah, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline). Muhyiddin menegaskan, beliau tidak mempunyai kaitan dengan pemegang saham, malah tiada pengetahuan mengenai latar belakang syarikat penerbangan berkenaan. “Saya dapati ada pihak yang cuba mengaitkan saya dengan kemelut yang melibatkan syarikat penerbangan MYAirline. […]

BNM adakan sesi libat urus bersama bank berhubung pelan pemulihan

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengadakan sesi libat urus dengan bank pada bulan-bulan akan datang berhubung penyerahan kelompok pertama pelan pemulihan masing-masing. Timbalan Gabenor BNM, Datuk Jessica Chew Cheng Lian berkata, fokus utama mesyuarat adalah bagi memastikan industri perbankan di Malaysia teguh memandangkan tekanan yang dialami oleh bank adalah luas dan pelbagai. “Ia […]

IMF unjur ekonomi Malaysia lebih baik tahun depan

SINGAPURA: Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia dijangka berkembang 4.3 peratus pada 2024, meningkat daripada pertumbuhan 4.0 peratus yang diunjurkan untuk 2023. Ini terutamanya didorong oleh permintaan eksport global yang lebih tinggi, khususnya daripada sektor teknologi, demikian menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Ketua Bahagian Kajian Serantau Asia Pasifik IMF, Shanaka (Jay) Peiris, berkata Malaysia […]

Ringgit menjunam kepada RM4.74 sedolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan dagangan pagi ini rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila data terkini ekonomi negara maju itu yang lebih baik mungkin boleh mendorong lonjakan dalam hasil bon AS, kata penganalisis. Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai pada 4.7425/7475 berbanding dolar AS daripada penutupan Selasa pada 4.7345/7375. Ketua Ekonomi dan Kewangan […]

Saham Minox bermula cemerlang di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR: Minox International Group Bhd, pengedar sanitari keluli tahan karat, tiub dan kelengkapan memulakan dagangan sulungnya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd pada 31.5 sen, premium 26 peratus berbanding harga terbitan 25 sen dengan pembukaan jumlah dagangan 27.73 juta saham. Minox dalam satu kenyatan berkata, ia dikategorikan di bawah produk dan perkhidmatan perindustrian, […]