Blackberry, kerajaan Malaysia tandatangani perjanjian keselamatan siber

KUALA LUMPUR: BlackBerry Ltd menandatangani perjanjian perisian dan perkhidmatan jangka panjang dengan kerajaan Malaysia untuk mengukuhkan “postur keselamatan siber” negara. BlackBerry berkata perjanjian penting itu akan membolehkan kerajaan Malaysia memanfaatkan rangkaian penuh penyelesaian keselamatan sibernya yang dipercayai dan menyokong integriti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sambil meningkatkan kemahiran tenaga kerja negara dengan teknologi dan […]

Ringgit naik sedikit kepada RM4.67 sedolar AS

KUALA LUMPUR: Nilai ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pagi dagangan Isnin meskipun permintaan yang sederhana untuk mata wang tempatan. Pada 9.21 pagi, ringgit menambah nilai kepada 4.6760/6810 berbanding dolar AS daripada penutupan Jumaat pada 4.6785/6825. Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berpendapat ringgit dijangka mempamerkan prestasi […]

Malaysia suarakan kebimbangan kesan dasar monetari ketat ke atas negara membangun

SAN FRANCISCO: Malaysia dan ekonomi membangun lain menyuarakan kebimbangan mengenai dasar monetari ketat yang berlarutan di Barat yang memberi kesan negatif ke atas negara membangun, kata Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Datuk Johan Mahmood Merican. “Di peringkat global masih berlaku inflasi berterusan, mencerminkan dasar monetari ketat oleh Barat, yang mana telah dibangkitkan oleh ekonomi sedang pesat […]

Anwar bertemu syarikat gergasi teknologi di San Francisco

SAN FRANCISCO: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat gergasi teknologi seperti Google, Enovix Cooperation, Microsoft dan TikTok di sini. “Saya telah mengadakan pertemuan dengan syarikat-syarikat besar yang telah memberi pengakuan akan melanjutkan pelaburan mereka di Malaysia secara besar-besaran,” katanya. Anwar berkata, sistem politik yang stabil dan dasar yang jelas merupakan […]

Firma bateri silikon Enovix akan labur RM5.8 bilion di Malaysia

KUALA LUMPUR: Enovix Corporation, firma bateri silikon serba maju yang tersenarai di Nasdaq, akan melabur sejumlah RM5.8 bilion (AS$1.2 bilion) di Malaysia dalam tempoh 15 tahun. Ini termasuk barisan pembuatan bernilai RM315 juta yang telah diumumkan pada Ogos lalu, kata Ketua Pegawai Operasinya, Ajay Marathe. “Menerusi usaha lebih tiga dekad bekerjasama erat dengan pihak berkuasa […]

Ketua Perangkawan pertama Malaysia meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Perangkawan, Datuk Ramesh Chander, meninggal dunia pada 14 November 2023, pukul 2.50 pagi, pada usia 88 tahun. Mendiang merupakan individu pertama yang menyandang gelaran sebagai Ketua Perangkawan Malaysia selepas kemerdekaan bermula 1 Januari 1966 sehingga 31 Disember 1977. Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan menzahirkan […]

Saham Plytec mula diniagakan di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR: Kumpulan penyelesaian dan perkhidmatan kejuruteraan pembinaan Plytec Holding Bhd membuat penampilan pertama di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini pada 36 sen iaitu premium satu sen berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) 35 sen. Bagi tempoh 45 minit selepas dagangan dimulakan, kaunter kedua paling aktif itu bagaimanapun susut kepada 34 sen dengan 53.4 […]

Teo Seng Capital jual kilang di Singapura dengan nilai RM29.41 juta

KUALA LUMPUR: Teo Seng Capital Bhd menjual kilang berkembar dua tingkat pegangan pajak di Singapura dengan harga SG$8.5 juta (kira-kira RM29.41 juta), yang mana hartanah berusia 19 tahun itu masih kurang digunakan, memandangkan kebanyakan eksport telur kumpulan dihantar terus kepada pemborong di negara itu. Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Teo Seng berkata, pelupusan itu membuka […]