Minetech dapat kontrak naik taraf jalan projek M Nova milik Mah Sing bernilai RM16.1 juta

KUALA LUMPUR: Minetech Resources Bhd menerusi anak syarikatnya, Minetech Construction Sdn Bhd (MCSB) menerima RM16.1 juta daripada MyVilla Development Sdn Bhd, anak syarikat Mah Sing Group Bhd untuk kontrak menaik taraf dan membina jalan luar serta saliran projek M Nova di Kuala Lumpur. Kumpulan itu dalam satu kenyataan berkata pojek M Nova membabitkan pembangunan 2,080 […]

Rasuah PROLINTAS: SPRM bebas 3 kakitangan, tahan dua subkontraktor

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membebaskan tiga kakitangan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) yang ditahannya minggu lalu berhubung dakwaan rasuah membabitkan kontrak lebuh raya bernilai RM1.67 bilion. Ketiga-tiga mereka dibebaskan pada pagi Selasa berikutan tamat tempoh reman lanjutan lapan hari mereka. Kesemua mereka ditahan pada 24 Jun lalu, dan direman empat hari […]

Pengerusi Dayang, Datuk Hasmi letak jawatan anggota lembaga Pengarah Perdana Petroleum

KUALA LUMPUR: Perdana Petroleum Berhad mengumumkan peletakan jawatan Datuk Hasmi Hasnan daripada Lembaga Pengarahnya, berkuat kuasa 1 Julai 2024. Keputusan Hasmi berundur adalah didorong oleh keperluan beliau untuk, antara lain, memberi tumpuan kepada peranannya sebagai Pengerusi Eksekutif dalam Lembaga Pengarah Dayang Enterprise Holdings Berhad, di mana beliau akan menumpukan perhatian kepada inisiatif strategik teras Dayang […]

Cassandra Goh Shiou Ling dilantik Ketua Kumpulan Pegawai Eksekutif baharu Silverlake Axis

KUALA LUMPUR: Silverlake Axis mengumumkan Cassandra Goh sebagai Ketua Kumpulan Pegawai Eksekutif, berkuat kuasa 1 Julai 2024. Menurut kenyataan syarikat, pencapaian beliau sebagai bekas Timbalan Pegawai Eksekutif telah membuktikan kepimpinan beliau untuk membimbing syarikat dengan maju. Antaranya ialah menerima anugerah Rising Star pada Anugerah Digital 2023 kelolaan Malaysian Management Excellence. Beliau berharap untuk membina syarikat […]

Tawaran matrikulasi untuk semua 10A SPM dapat kurangkan ketegangan dihadapi KPM – Anwar

KUALA LUMPUR: Pengumuman keputusan kerajaan menawarkan tempat ke program matrikulasi kepada semua lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan 10A sedikit sebanyak meredakan suhu ketegangan yang terpaksa dihadapi Kementerian Pendidikan (KPM) setiap tahun. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sejak pengumuman itu dibuat, keputusan terbabit menjadi bualan dan polemik serta menghangatkan suhu politik. […]

Raja Teh Maimunah sebagai Pengarah Kepentingan Awam dan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif bermula 1 Julai, umum Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Berhad mengumumkan pelantikan Raja Teh Maimunah Raja Abdul Aziz sebagai Pengarah Kepentingan Awam dan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, berkuat kuasa 1 Julai 2024. Pengarah Kepentingan Awam dilantik oleh Menteri Kewangan menurut Seksyen 10(1)(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007. Tan Sri Abdul Wahid Omar, Pengerusi Bursa Malaysia, berkata, “Kami berbesar hati […]

Brahim peneraju utama penyediaan makanan halal untuk 7 syarikat penerbangan terbaik dunia

KUALA LUMPUR: Brahim’s Food Services Sdn Bhd kini mendapat tempat sebagai penyedia utama perkhidmatan makanan halal dalam penerbangan kepada 35 syarikat penerbangan antarabangsa, termasuk tujuh syarikat penerbangan terbaik dunia. Syarikat penerbangan berkenaan termasuk Qatar Airways, Emirates, ANA All Nippon Airways, Cathay Pacific Airways, Japan Airlines, Turkish Airlines dan EVA Air, menurut Brahim Food Services dalam […]