HeiTech Padu dapat kontrak RM190.01 juta untuk tempoh 3 tahun

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MOT) menjelaskan pemberian kontrak MySikap berjumlah RM190.01 juta kepada HeiTech Padu Bhd (HeiTech Padu) yang didakwa tinggi, adalah untuk tempoh tiga tahun. Menterinya, Anthony Loke, berkata, nilai tinggi disebabkan kos penyelenggaraan yang perlu dilaksanakan dalam tempoh kontrak. “Ia babitkan kontrak penyelenggaraan untuk tiga tahun bagi perisian dan pekakasan kesan (hardware) termasuk […]

Heitech Padu, MyE.G meterai kerjasama teroka perkhidmatan IT

KUALA LUMPUR: HeiTech Padu Bhd telah memeterai perjanjian dengan MyEG Services Bhd untuk membentuk kerjasama interim bagi meneroka perkhidmatan berkaitan industri teknologi maklumat (IT) di Malaysia. HeiTech Padu dalam pemakluman kepada Bursa Malaysia berkata, perjanjian itu sah selama setahun dari tarikh ia ditandatangani melainkan dan sehingga digantikan dengan perjanjian berikutnya yang dibuat oleh kedua-dua pihak, […]

Sultan Kelantan pemegang saham terbesar Heitech Padu dengan 15.9% kepentingan, Farhash Wafa jelas isu pemilik saham

KUALA LUMPUR: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V muncul sebagai pemegang saham terbesar di dalam Heitech Padu Berhad iaitu sebanyak 15.9% kepentingan. Dalam makluman di Bursa Malaysia, kumpulan itu mengumumkan bahawa baginda telah membeli 16.1 juta saham yang diperoleh menerusi Rosetta Partners Sdn Bhd, anak syarikat Mfivesouthsea Sdn Bhd. Sementara itu, ahli perniagaan, Datuk Farhash Wafa […]