Citaglobal raih kontrak kerja RM261 juta untuk KVDT 2

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Citaglobal Bhd telah memperoleh kontrak kerja RM261 juta untuk Landasan Berkembar Elektrik Lembah Klang Fasa 2 (KVDT 2). Kontrak itu, akan bermula dari 1 Jun, 2023, telah dianugerahkan oleh kontraktor utama KVDT2 Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn Bhd dan dijangka siap selepas 36 bulan dari permulaan, katanya. KVDT2 adalah […]

Lagi ahli lembaga pengarah Pharmaniaga letak jawatan

KUALA LUMPUR: Pharmaniaga Bhd mengumumkan peletakan jawatan pengarah bebas dan bukan eksekutif Datuk Dr Azhar Ahmad, berkuat kuasa 10 Jun 2023. Menurut Pharmaniaga, Azhar Ahmad, 60, mengosongkan jawatan itu “untuk mengejar kepentingan lain”. Sejak awal tahun ini, Pharmaniaga telah menyaksikan banyak perubahan bilik lembaga pengarah. Pharmaniaga tergelincir ke status syarikat Nota Amalan 17 (PN 17) […]

MIDF Research berpandangan negatif terhadap prospek jangka sederhana Hartalega

KUALA LUMPUR: MIDF Research berpandangan negatif terhadap keputusan Hartalega Holdings Berhad untuk menutup operasi kilang pengeluarannnya di Bestari Jaya kerana ia menggambarkan prospek jangka sederhana yang mencabar bagi sektor sarung tangan disebabkan lebihan bekalan yang berterusan. Firma itu berkata, kerugian rosot nilai kumpulan itu sebanyak RM347 juta untuk FY23 dan peruntukan untuk kos pemberhentian dan […]

Hartalega tutup kemudahan pengeluaran di Bestari Jaya

KUALA LUMPUR: Hartalega Holdings Berhad mengambil keputusan menutup kemudahan pengeluarannya di Bestari Jaya yang memiliki empat kilang pengeluaran dengan 40 barisan pegeluaran daripada kapasitinya menjelang akhir tahun.  Langkah itu disifatkan sebagai keputusan sukar tetapi perlu dilaksanakan bagi mengharungi landskap pasaran semasa yang sukar dan ia akan menyebabkan kerugian rosot nilai sebanyak RM347 juta bagi tahun […]

Pelabur asing terus jual saham tempatan

KUALA LUMPUR: Jualan bersih ekuiti tempatan oleh pelabur asing menyederhana kepada RM20.79 juta pada minggu lalu daripada RM187.79 juta pada minggu sebelumnya, manakala pelabur institusi tempatan meneruskan pendirian belian mereka. MIDF Research dalam satu nota hari ini berkata, tiga sektor teratas yang menyaksikan aliran masuk asing bersih minggu lalu adalah telekomunikasi dan media (RM25.2 juta), […]

Ringgit jatuh kepada RM4.43 sedolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin memandangkan data pekerjaan AS yang kukuh meredakan kebimbangan terhadap kemelesetan di sana dan mendorong permintaan ke atas dolar. Pada 9 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.4370/4450 berbanding dolar AS daripada 4.4350/4400 ketika ditutup pada Jumaat lalu. Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial, Bank […]

Bursa Malaysia dibuka tinggi jejaki kenaikan Wall Street

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan kenaikan minggu lepas untuk dibuka tinggi pada Isnin, dipacu minat risiko dalam pasaran yang bertambah baik susulan Wall Street meningkat pada Jumaat, kata penganalisis. Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.12 mata kepada 1,434.16 daripada 1,431.04 ketika ditutup pada Jumaat. Indeks penanda aras itu dibuka 1.26 […]

BI, BNM lancar pembayaran kod QR rentas sempadan Indonesia, Malaysia

KUALA LUMPUR: Bank Indonesia (BI) dan Bank Negara Malaysia (BNM) melancarkan jalinan pembayaran kod QR rentas sempadan antara Indonesia dengan Malaysia. Pelancaran itu susulan daripada kejayaan fasa rintis jalinan yang diumumkan pada 27 Januari 2022. Pelancaran ini membolehkan lebih banyak rakyat Indonesia dan Malaysia membuat pembayaran runcit secara segera di kedua-dua negara dengan mengimbas kod […]

Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit

KUALA LUMPUR: Minggu dagangan yang pendek berikutan cuti umum telah menyebabkan ekuiti Malaysia secara keseluruhannya ditutup rendah pada Jumaat dengan jualan terutamanya di kaunter teknologi serta produk perindustrian dan perkhidmatan. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) bagaimanapun ditutup tinggi 0.35 peratus atau 5.05 mata kepada 1,431.04 daripada 1,425.99 pada Rabu. Indeks petunjuk […]