Rundingan penyertaan ekuiti daalm DNB dan perjanjian akses 5G capai persetujuan bersama – Fahmi

KUALA LUMPUR: Pasukan petugas pelaksanaan Dwirangkaian 5G Malaysia sudah berjaya mencapai persetujuan berkaitan penyertaan ekuiti dalam DNB dan perjanjian akses 5G bersama DNB. Pasukan petugas pelaksanaan Dwirangkaian 5G Malaysia itu dipengerusikan secara bersama oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa. Menteri Komunikasi […]

Potensi besar Malaysia, Vietnam lonjak dagangan, pasaran halal

HANOI: Sektor pembuatan yang kukuh dan teknologi canggih Malaysia, digabungkan dengan pasaran Vietnam yang agak besar, menawarkan potensi luas kepada kedua-dua negara untuk melonjakkan lagi perdagangan dua hala, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Bercakap di Forum Perniagaan Malaysia-Vietnam di sini pada Jumaat, beliau berkata asas pasaran Vietnam […]

Perlombongan REE: SPRM sudah panggil 12 saksi, tunggu giliran Sanusi

KUALA TERENGGANU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah memanggil 12 saksi bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa dan rasuah membabitkan kegiatan mencuri unsur nadir bumi (REE) di negeri Kedah. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, kesemua 12 saksi sudah dirakam percakapan bagi membantu siasatan. Beliau berkata, pihaknya akan turut mengambil keterangan […]

Gamuda beli syarikat hartanah Vietnam bernilai RM1.47 bilion

KUALA LUMPUR: Gamuda Bhd mengumumkan cabang hartanahnya, Gamuda Land Sdn Bhd, bercadang mengambil alih 100 peratus kepentingan dalam Tam Luc Real Estate Corporation pada harga 7.2 trilion dong Vietnam (kira-kira RM1.47 bilion), sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangannya di Vietnam. Bagi tujuan itu, sub-anak syarikat asing milik penuh Gamuda Land, iaitu Van Lam Investment Limited (Ltd) […]

Anwar kemuka dokumen FSRA terkait jaminan kerajaan kepada FELDA, tuntut Muhyiddin mohon maaf

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengemukakan sebahagaian dokumen perjanjian Assingment for Financial Service Reserve Account (FSRA) terkait Jaminan Kerajaan kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang telah beliau tandatangani. Menerusi kenyataan beliau di laman Facebook rasminya, mendesak Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memohon maaf ke atas […]

Saifuddin dakwa MBI tahu isu kecurian REE di Bukit Enggang, Sik

ALOR SETAR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendakwa Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah mengetahui berlakunya kegiatan mencuri unsur nadir bumi (REE) secara besar-besaran di kawasan kompartmen miliknya di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik. Saifuddin berkata, ini berdasarkan kewujudan dua warga China yang diambil bekerja sebagai pakar profesional oleh MBI bagi mengkaji tapak […]

Hutang Felda: Anwar tuntut Muhyiddin mohon maaf selepas kemuka bukti

TANJONG KARANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengemukakan bukti beliau menandatangani surat bagi meluluskan pelupusan hutang peneroka Felda. Perdana Menteri berkata, beliau masih ingat dokumen yang ditandatangani itu dibuat membabitkan RM997 juta pada 27 Jun lalu. Anwar juga meminta Muhyiddin untuk memohon maaf secara terbuka kepadanya, selepas dokumen itu dikemukakan. “Tak payah 24 […]

Ringgit jatuh seiring mata wang China

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi Khamis, seiring dengan kelemahan dalam nilai yuan China, kata seorang penganalisis. Pada 9 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.5545/5585 berbanding dolar AS daripada 4.5375/5420 pada penutup Selasa. Pasaran ditutup pada Rabu sempena cuti umum sambutan Awal Muharram. Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen […]

Rasuah Lombong Nadir Bumi: SPRM tahan CEO Perbadanan Menteri Besar, pengarah syarikat

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman dua individu bagi membantu siasatan berhubung rasuah dan salah guna kuasa dalam sektor perlombongan melibatkan rasuah melebihi RM13 juta. Dua individu itu, merupakan Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Menteri Besar (MBI) dan seorang wanita berjawatan pengarah syarikat. Perintah reman dikeluarkan secara berasingan oleh Majistret Wan Shahida […]

Tidak ada kenaikan harga barang sehingga 20 peratus – Mydin

KUALA LUMPUR – Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Dr Ameer Ali Mydin menjangka sekiranya berlaku kenaikan harga barang pada Ogos in, ia hanya akan membabitkan kenaikan sekitar satu hingga dua peratus sahaja, dan bukannya sehingga 20 peratus seperti yang pernah diramalkan sebelum ini. Beliau berkata kenaikan secara mendadak itu tidak akan berlaku […]