MDEC tumpu tiga bidang penting dalam fokus Ekonomi Digital Islam (IDE)

KUALA LUMPUR: Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) akan memberi penekanan kepada tiga bidang penting dalam fokus Ekonomi Digital Islam (IDE) iaitu kewangan Islam, halal dan gaya hidup. Pengerusinya Syed Ibrahim Syed Noh berkata ini telah dirancang dengan strategik untuk memudahkan ekosistem tersebut berkembang maju. Menurutnya peranan MDEC dalam memacu inisiatif IDE ini meliputi pelbagai aspek […]

RM10 juta diperuntuk untuk usahawan mikro berpendapatan rendah melalui program iTEKAD

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan memperuntukkan RM10 juta untuk program iTEKAD bagi membolehkan usahawan mikro berpendapatan rendah mendapat akses kepada pembiayaan bagi memulakan dan meneruskan perniagaan. Perdana Menteri berkata, dana awal RM4 juta sudah digunakan dan bakinya diteruskan dengan menggesa lebih banyak penyertaan daripada bank. “Ketika ini sudah ada penyertaan 11 bank […]

Orang ramai boleh guna aplikasi MYJalan untuk lapor kerosakan jalan

KUALA LUMPUR: Orang ramai boleh menyalurkan aduan mengenai kerosakan jalan raya dan juga kemudahan lain termasuk kerosakan lampu jalan dan lampu isyarat menerusi alikasi MYJalan. MYJalan merupakan platform aduan setempat bagi memudahkan aduan dibuat. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata aplikasi itu boleh digunakan sejak minggu lalu. “Aplikasi MYJalan akan dilancarkan Perdana […]

LHDN tamatkan penggunakan pelekat setem, mesin pos franking menjelang 2024

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan menghentikan penggunaan pelekat setem dan mesin pos franking sebagai kaedah setem pada dokumen menjelang 1 Jan 2024. Agensi itu, dalam satu kenyataan, berkata pembayar cukai dibenarkan menggunakan setem hasil untuk perjanjian dan pemeteraian dokumen sehingga 31 Dis. Selain itu, mereka juga dinasihatkan supaya menggunakan setem hasil yang […]

Speaker Pahang serah notis kekosongan kerusi DUN Pelangi kepada SPR

KUANTAN: Speaker DUN Pahang Mohd Sharkar Shamsudin hari ini menyerahkan notis perisytiharan kekosongan kerusi DUN Pelangai kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) susulan kematian penyandangnya, Johari Harun. Notis diserahkan kepada Pengarah SPR Pahang Zamree Hamli di Wisma Sri Pahang pada 11.20 pagi. Zamree berkata SPR dijangka akan mengadakan mesyuarat mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai […]

Rangka Kerja Ekonomi Madani teras kepada penstrukturan semula ekonomi Malaysia – BNM

KUALA LUMPUR: Rangka Kerja Ekonomi Madani akan menjadi teras kepada penstrukturan semula ekonomi Malaysia disokong beberapa transformasi penting seperti sektor perindustrian yang bakal digiatkan semula. Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour berkata, dalam rangka kerja itu, sektor perindustrian akan disokong oleh pelaburan berkualiti. “Visi ekonomi Malaysia juga termasuk mewujudkan pekerjaan berkualiti dan bergaji […]

Harga minyak sawit diunjur berada pada paras RM3,400 satu tan pada 2024 – BMI

KUALA LUMPUR: BMI, syarikat Fitch Solutions menjangkakan harga minyak sawit berada pada paras RM3,400 setiap tan pada 2024. Firma itu juga mengekalkan, unjuran harga purata RM3,800 bagi setiap tan untuk kontrak niaga hadapan minyak sawit Bursa Malaysia pada 2023. Katanya, kontrak itu diniagakan pada harga purata RM3,804 satu tan dan harga purata RM3,753 setiap tan […]