KPKM bincang dengan India terus ekport beras ke Malaysia

JOHOR BAHRU: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berharap dapat mengadakan pertemuan dengan Kementerian Pertanian dan Kebajikan Petani India secepat mungkin bagi mencari penyelesaian terbaik mengenai isu sekatan eksport beras putih. Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata antara inti pati dalam pertemuan secara kerajaan dengan kerajaan (G2G) itu adalah bagi mengemukakan permohonan kepada kerajaan India […]

PRK Jepak ditetapkan pada 4 November – SPR

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 4 November ini sebagai tarikh pengundian bagi kerusi Dewan Undangan negeri (DUN) Jepak di Sarawak. Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom berkata, hari pengundian awal pula ditetapkan pada 31 Oktober ini, manakala 21 Oktober sebagai hari penamaan calon. “Tempoh berkempen pula ditetapkan 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang […]

Invest Malaysia NY 2023 tumpu rangka kerja Ekonomi Madani

KUALA LUMPUR: Bertemakan ‘Mendapatkan semula Malaysia sebagai Peneraju di Asia’, Bursa Malaysia Bhd (Bursa Malaysia) menjadi tuan rumah kepada penganjuran Invest Malaysia New York (Invest Malaysia NY 2023) di New York City. Ini adalah sebagai sebahagian daripada siri Invest Malaysia Exchange untuk 2023. Invest Malaysia NY 2023 tertumpu dalam mempromosikan kekuatan negara dan bagaimana kerajaan […]

Sultan Johor sedia laksana tugas negara

JOHOR BAHRU – Sultan Johor menzahirkan kesediaan baginda melaksanakan tugas untuk negara dan rakyat. Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, yang mendahului senarai penggiliran menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong, menzahirkan kesediaan memikul tanggungjawab itu. “Ia bukan satu kenaikan pangkat. Ia adalah tanggungjawab yang saya sedia untuk laksanakan bagi pihak Raja-Raja Melayu,” titah baginda semasa wawancara […]

Beras import pada harga Rahmah di Jualan Rahmah seluruh negara bermula hari ini

BENTONG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan mula mengadakan jualan beras import pada harga Rahmah, di setiap program Jualan Rahmah di seluruh negara. Pemangku Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali berkata bermula hari ini, pengguna boleh mendapatkan beras import 5 kilogram (kg) pada harga tidak melebihi RM15 dan kampit 10kg pada […]

Delivery Hero mahu jual pegangan dalam FoodPanda di Asia Tenggara

BERLIN: Syarikat penghantaran makanan Jerman, Delivery Hero, mengesahkan susah memulakan perbincangan mengenai potensi penjualan jenama Foodpanda, lapor agensi berita Jerman (dpa). Syarikat yang berpangkalan di Berlin itu berkata rundingan berhubung potensi penjualan Foodpanda di pasaran Asia Tenggara terpilih meliputi Singapura, Malaysia, Filipina, Thailand, Kemboja, Myanmar dan Laos sedang dijalankan. Delivery Hero menyatakan bahawa rundingan sedang […]

PM Anwar bertemu pemimpin industri, penggiat pasaran modal di New YorkPM Anwar

NEW YORK: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meneruskan usaha giat kerajaan untuk menarik pelabur global dengan mengadakan pertemuan dengan pemimpin industri dan penggiat pasaran global pada hari keduanya di New York. Anwar yang juga Menteri Kewangan dijadualkan menyertai perbincangan meja bulat dengan syarikat Fortune 500 di Harvard Club, New York pada pagi Khamis. […]

Malaysia dan Sri Lanka akan mengukuhkan hubungan dua hala

NEW YORK: Malaysia dan Sri Lanka bersetuju untuk mengukuhkan hubungan dua hala dalam pelbagai sektor. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuannya dengan Presiden Sri Lanka Ranil Wickremesinghe di New York hari ini. “Dalam mesyuarat, kami bersetuju untuk mengukuhkan hubungan dua hala dalam pelbagai sektor untuk faedah bersama,” katanya dalam […]