Yang di-Pertuan Agong tambah lagi 1.21 juta saham Citaglobal, kini miliki 9.03% kepentingan

KUALA LUMPUR: Buat hari ketiga berturut-turut, Citaglobal Bhd telah melaporkan pembelian saham tambahan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Dalam makluman di Bursa Malaysia, Citaglobal berkata Yang di-Pertuan Agong memperoleh 1.21 juta saham pada hari Selasa, meningkatkan pegangan sahamnya dalam kumpulan itu kepada 37.69 juta saham atau 9.03% kepentingan. Sehari sebelumnya, […]

Maybank perkenal pengaktifan Secure2u melalu mesin ATM

KUALA LUMPUR: Pelanggan Maybank yang mendaftar Secure2u buat kali pertama atau pada peranti lain atau baharu, boleh mengaktifkannya dengan selamat dan mudah melalui mana-mana mesin juruwang automatik (ATM) Maybank di seluruh negara bermula 31 Oktober 2023. Bank itu dalam satu kenyataan berkata, langkah tambahan itu bertujuan untuk mengurangkan transaksi tanpa kebenaran dan aktiviti penipuan, di […]

MAHB jual pegangan dalam GMR Hyderabad International Airport

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bersama anak syarikat milik penuhnya, MAHB (Mauritius) Pte Ltd melepaskan keseluruhan 11% kepentingan dalam GMR Hyderabad International Airport Ltd (GHIAL) kepada GMR Group berjumlah RM478 juta. GHIAL adalah syarikat induk yang menguruskan Lapangan Terbang Antarabangsa Hyderabad di India. Kumpulan MAHB memperoleh 11% kepentingan dalam GHIAL daripada Kumpulan GMR […]

Johari Ghani tingkat pegangan dalam MyNews Holdings kepada 13.85%

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Titiwangsa dan Naib Presiden Umno Johari Ghani melalui syarikat pelaburan untuk ahli perniagaan, telah meningkatkan kepentingannya dalam MyNews Holdings Bhd kepada 13.85% daripada 10.02% pada pertengahan Julai. Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, MyNews mengumumkan bahawa JAG Capital memperoleh 240,000 saham MyNews dalam pasaran terbuka pada 23 Okt, diikuti oleh […]

Nadia Omer CEO baharu airasia MOVE

KUALA LUMPUR: Nadia Omer dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) airasia MOVE (dahulunya airasia Superapp) berkuat kuasa hari ini. Beliau mengambil alih kepimpinan Mohamad Hafidz Mohd Fadzil yang berkhidmat sebagai pemangku CEO airasia MOVE sejak April tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutif Capital A dan juga Pengerusi Eksekutif MOVE Digital, Tony Fernandes berkata beliau pasti Nadia […]

AstraZeneca sedia portal kesihatan digital ‘mySihatPal’ mudahkan capaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR: AstraZeneca, sebuah syarikat antarabangsa biofarmaseutikal bersama beberapa persatuan terkenal melancarkan portal kesihatan digital baharu, ‘mySihatPal’ yang mana ia menyediakan akses capaian perkhidmatan kesihatan kepada umum. Presiden AstraZeneca Malaysia, Vinod Narayanan berkata, matlamat mereka adalah untuk berganding bahu dengan pihak dari pelbagai industri dengan tujuan yang sama, di dalam usaha menggiatkan kesaksamaan akses digital […]

Lynas umum penutupan operasi di Malaysia

KUALA LUMPUR: Firma Australia, Lynas Rare Earths mengumumkan rancangan untuk menutup semua operasi di Malaysia kecuali sebuah kilang memproses nadir bumi karbonat pada suku berakhir Disember, dengan jumlah minimum bahan mentah yang akan diproses semasa penutupan itu. Saham syarikat perlombongan itu jatuh setinggi 2.7% kepada A$6.24, tahap terendah sejak 3 Mei lalu. Operasi Lynas di […]

Tesla lancar EV model 3 ke pasaran Malaysia

KUALA LUMPUR: Tesla secara rasmi melancarkan sedan elektrik paling laris di dunia, Model 3 baharu ke pasaran Malaysia yang ditawarkan pada harga bermula RM189,000. Model kedua rasmi Tesla di Malaysia selepas Model Y hadir dengan pilihan dua varian iaitu Rear-Wheel Drive yang dijual pada harga bermula RM189,000 dan varian Long Range Dual Motor All-Wheel Drive […]

Nokia rancang buang 14,000 pekerja menjelang 2026

MOSCOW: Gergasi telekomunikasi Finland, Nokia merancang untuk menangani ketidaktentuan persekitaran pasaran dan kemerosotan jualan dengan mengurangkan perbelanjaan kakitangan dan mengurangkan 10 hingga 15 peratus daripada 86,000 pekerja menjelang akhir 2026, kata syarikat itu hari ini. “Nokia menyasarkan untuk merendahkan asas kos mengikut asas kasar (sebelum inflasi) sebanyak antara 800 juta euro (RM4 bilion) dan 1.2 […]

MYTV gantung siaran Awesome TV mulai 2 November 2023

KUALA LUMPUR: MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV) menggantung penyiaran saluran televisyen swasta, Awesome Broadcasting Sdn Bhd (Awesome TV) di platformnya berkuat kuasa 2 November ini. MYTV menerusi kenyataan hari ini memaklumkan, penggantungan itu terpaksa dilakukan disebabkan isu pembayaran fi akses. “Keputusan penggantungan berkuat kuasa 2 November 2023 dicapai disebabkan isu komersial berterusan di antara MYTV […]