KKM laksana 5 strategi kawalan COVID-19

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini umumkan lima strategi utama di bawah Pelan Pengurusan COVID-19 dalam menghadapi peningkatan mendadak kes COVID-19 ketika ini. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata strategi pertama adalah pengesanan awal kes COVID-19 dan varian SARS-CoV-2. Strategi kedua pula kata beliau, pemerkasaan komuniti melalui amalan TRIIS (Test, Report, Isolate, […]

Pelabur asing kembali jadi pembeli saham Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR: Pelabur asing kembali menjadi pembeli bersih ekuiti domestik minggu lalu, selepas jualan bersih yang singkat pada minggu sebelumnya, dengan nilai pembelian bersih berjumlah RM143.4 juta berbanding penjualan bersih RM276.4 juta sebelumnya, menurut penyelidikan MIDF Amanah Investment Bank Bhd. Menerusi laporan aliran dana bagi minggu berakhir 15 Disember 2023, cabang penyelidikan bank pelaburan itu […]

APB jadi Pemegang Saham Kedua Terbesar dalam Globetronics dengan Pelaburan RM140 juta

SHAH ALAM: APB Resources Berhad, hari ini mengumumkan bersedia untuk mengambil alih kira-kira 10.41% pegangan dalam Gloetronics Technology Berhad (“Globetronics”), bersamaan dengan 70 juta saham, untuk jumlah balasan tunai RM140 juta. Kumpulan itu berkata, Globetronics merupakan pemain utama dalam sektor EMS dan semikonduktor, yang mana berada pada kedudukan terbaik dalam pasaran Elektrik dan Elektronik (E&E) […]

Abu Tariq dilantik sebagai CEO baharu LHDN

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LDHN), Datuk Abu Tariq Jamaluddin dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharu berkuat kuasa semalam. Pelantikan beliau bagi menggantikan Datuk Seri Dr Mohd Nizom Sairi yang tamat tempoh kontrak perkhidmatannya pada 16 Disember selepas berkhidmat selama 38 tahun di LHDN dan menyumbang kepada […]

Pegawai kanan polis Mohd Nazri didakwa bunuh Zaharif

IPOH: Pegawai kanan polis yang terbabit dalam kejadian pelajar Tingkatan 5 yang maut akibat dilanggar dan diseret di Jalan Taman Jati, Meru, didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh di sini, hari ini atas tuduhan membunuh. Tertuduh, Mohd Nazri Abdul Razak, 44, tiba di mahkamah dengan tangannya digari dari belakang, mengenakan baju T warna putih berseluar hitam […]

Haslina CEO LADA baharu berkuatkuasa Jumaat lalu

LANGKAWI: Datuk Haslina Abdul Hamid, dilantik selaku ketua pegawai eksekutif (CEO), Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) baharu berkuat kuasa 15 Disember 2023 (Jumaat). LADA menerusi kenyataan dalam laman Facebook rasminya, mengalu-alukan pelantikan Haslina bagi menerajui agensi di bawah Kementerian Kewangan itu. “Seluruh pengurusan dan warga kerja LADA merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat datang ke LADA […]

Megat Jalaluddin Presiden, CEO baharu TNB

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) mengumumkan perlantikan Datuk Megat Jalaluddin Megat Hassan sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 1 Mac 2024. TNB dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, Megat Jalaluddin dilantik oleh pemegang saham khas, Menteri Kewangan (Diperbadankan) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Mac 2024 sehingga 29 Februari […]

SKL, MTDC meterai MoU projek lebuh raya bertingkat sepanjang Sungai Klang

KUALA LUMPUR: Sungai Klang Link Sdn Bhd (SKL) memeterai satu memorandum persefahaman (MoU) dengan MTD Construction Sdn Bhd (MTDC) bagi pembangunan serta pembinaan projek lebuh raya bertingkat yang dicadangkannya kepada kerajaan. Dalam satu kenyataan, SKL berkata, ia dalam proses mendapatkan kelulusan akhir membabitkan cadangan bagi membina, memiliki serta mengendalikan projek itu sebagai satu konsesi. “Cadangan […]

CUEPACS gesa kerajaan segerakan penyelarasan gaji penjawat awam

KUALA LUMPUR: Kongres Persatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan melaksanakan segera penyelarasan gaji penjawat awam. Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, ia perly dilaksanakan lebih awal berbanding menunggu sehingga 2025 seperti yang ditetapkan melalui kajian di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA). Beliau berkata, kajian SSPA yang bermula Julai lalu dijangka dapat dimuktamadkan […]

Pemisahan Kementerian Komunikasi dan Digital, langkah strategik kerajaan

KUALA LUMPUR: Pengasingan Kementerian Komunikasi dan Digital kepada dua kementerian berbeza adalah langkah strategik yang menekankan komitmen kerajaan untuk mengutamakan transformasi digital dan kemajuan komunikasi, kata Pengerusi Malaysia Internet Exchange (MyIX) Chiew Kok Hin. “Dua kementerian baharu ini membawa implikasi yang ketara kepada landskap digital Malaysia termasuk mempercepatkan transformasi digital menerusi penubuhan Kementerian Digital yang […]