Zahid lepas tanpa bebas kes rasuah, pecah amanah, AMLA

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini, atas 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram (AMLA) membabitkan dana Yayasan Akalbudi. Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) memutuskan demikian selepas membenarkan permohonanan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar […]