MMAG Aviation lantik Woo Kam Weng sebagai pengerusi baharu

KUALA LUMPUR: MMAG Holdings Bhd mengumumkan pelantikan Woo Kam Weng sebagai pengerusi cabang penerbangan kumpulan itu, MMAG Aviation Consortium Sdn Bhd, sebagai sebahagian daripada latihan penstrukturan semula kumpulan itu dan memberi tumpuan kepada penerbangan. Syarikat itu berkata, kumpulan tersebut sedang mengambil langkah besar untuk meningkatkan keupayaan penerbangannya yang sedia ada dan meluaskan rangkaian luas perkhidmatan […]

IMF naikkan unjuran ekonomi global kepada 3.1 peratus

WASHINGTON: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Selasa menaikkan unjuran pertumbuhan global 2024 kepada 3.1 peratus. Langkah itu disebabkan daya tahan yang tidak dijangka dalam pasaran ekonomi maju dan sedang pesat membangun utama termasuk Amerika Syarikat dan China. Angka yang dikemas kini, dikeluarkan dalam Tinjauan Ekonomi Dunia (WEO) adalah 0.2 peratus lebih tinggi daripada unjuran sebelum […]

Sultan Ibrahim lafaz sumpah Agong ke-17

KUALA LUMPUR: Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini selamat melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara, di sini. Turut melafaz sumpah memegang jawatan ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Sultan Ibrahim dan Sultan Nazrin Shah dipilih oleh Raja-Raja Melayu pada […]

MRT Corp dalam proses pengambilan tanah bagi jajaran projek MRT3 secara berperingkat

KUALA LUMPUR: Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd, (MRT Corp) sedang dalam proses pengambilan tanah bagi jajaran projek mega Transit Aliran Massa 3 (MRT3). Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Mohd Zarif Hashim, berkata pengambilan tanah itu sedang dilaksanakan secara berperingkat selama dua tahun untuk dimuktamadkan. Beliau berkata, ia membabitkan pengambilan tanah daripada milik kerajaan, […]

SCIB beli tanah bernilai RM21.6 juta untuk bangunkan kilang di Taman Perindustrian Demak Laut

KUALA LUMPUR: Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) membeli tanah pajakan di Taman Perindustrian Demak Laut di Kuching seluas 8.85 hektar, bernilai RM21.6 juta. Pengarah Urusan Kumpulan SCIB, Ku Chong Hong berkata, pengambilalihan melibatkan sejumlah lima lot tanah itu merupakan langkah bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran syarikat. Katanya, pemerolehan tanah itu adalah bukti komitmen pihaknya untuk mengembangkan […]

Negara dibayangi pentadbiran yang menyalahguna kuasa, dakwa Daim

KUALA LUMPUR: Tun Daim Zainuddin, menegaskan beliau tidak akan berbicara mengenai tuduhan bermotifkan politik yang dibuat terhadapnya. Malah katanya, beliau tidak sabar menunggu hari perbicaraan bagi membuktikan dirinya tidak bersalah seperti yang dituduh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). “Saya tidak akan berbicara mengenai tuduhan bermotifkan politik terhadap saya ini. Saya tidak bersalah dan tidak sabar […]

Senarai 71 aset Daim

KUALA LUMPUR: Tun Daim Zainuddin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan 71 harta miliknya. Ia termasuk beberapa kenderaan mewah, syarikat dan hartanah di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah. Bagaimanapun, tertuduh, 86, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sebaik jurubahasa membacakan […]

Daim mengaku tidak bersalah, minta dibicara

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan gagal mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan tidak mengisytiharkan 70 aset dan satu akaun bank miliknya. Daim, 85, atau nama sebenarnya Che Abdul Daim Zainuddin kelihatan tenang dan hanya menjawab, […]

Ringgit rendah menjelang mesyuarat pertama BNM tahun ini

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa apabila kebanyakan peniaga menunggu hasil mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) yang pertama bagi 2024, dijadual diadakan pada 23 dan 24 Januari. Pada 9.05 pagi, ringgit turun kepada 4.7350/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7280/7335 ketika ditutup pada Isnin. Pengarah Urusan […]