SPRM reman 3 hari bekas ketua operasi GLC dipercayai guna kedudukan lantik syarikat suami

SHAH ALAM: Bekas ketua operasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) direman tiga hari bermula hari ini kerana dipercayai mengaut keuntungan dianggarkan bernilai lebih RM300,000 dengan melantik syarikat milik suaminya melaksanakan kerja-kerja pengangkutan. Perintah reman sehingga Jumaat ini dibenarkan Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman selepas permohonan dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor. Menurut sumber, suspek wanita berusia […]

Isteri Daim dakwa suaminya dianiaya

PUTRAJAYA: Isteri Tun Daim Zainudin mendakwa langkah memanggilnya dan anak-anak, Mohammed Amin dan Mohammed Amir bukti suaminya dianiaya. Toh Puan Naimah Khalid, berkata sungguhpun Perdana Menteri tidak menyukai Daim tetapi beliau seharusnya menghormati prinsip seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan salah oleh mahkamah. Dakwa Naimah, suaminya dianiaya disebabkan kejayaannya sebagai ahli perniagaan sehingga digelar hartawan […]

LTAT sahkan sedang berbincang dengan Kerajaan Sarawak berhubung penjualan saham Affin Bank

KUALA LUMPUR: Pemegang saham utama Affin Bank Bhd iaitu Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengesahkan sedang mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak terhadap kemungkinan berlakunya pertukaran pegangan saham dalam bank itu. Sebarang transaksi yang mungkin terhasil daripada perbincangan tersebut akan dilakukan mengikut peraturan berkaitan, demikian menurut Affin Bank dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia. […]

Pengerusi Minetech, Abang Abdillah Izzarim tambah pegangan saham kepada 16.3%

KUALA LUMPUR: Anak kepada Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Abang Abdillah Izzarim Abang Abdul Rahman Zohari meningkatkan pegangan sahamnya dalam Minetech Resources Bhd kepada 16.338% daripada 15.58% sebelumnya. Kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, beliau yang merupakan pengerusi eksekutif yang baharu dilantik serta pemegang saham terbesar syarikat itu, memperoleh tambahan […]

Datasonic peroleh lanjutan kontrak bekal pasport, MyKad untuk tempoh enam bulan

KUALA LUMPUR: Datasonic Group Bhd menerima surat lanjutan (LOE) daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi pembekalan Cip Pasport Malaysia, Dokumen Pasport dan Halaman Biodata Polikarbonat untuk tempoh enam bulan dari 1 Disember 2023 hingga 31 Mei 2024. Penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bersepadu berkaitan keselamatan di Malaysia itu dalam satu kenyataan berkata, LOE […]

Wan Ahmad Dahlan dilantik sebagai KPPA baharu

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) yang baharu, berkuat kuasa 9 Januari 2024. Pelantikan itu diumumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, setelah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi menggantikan Datuk […]

Bekas PM, pegawai dipanggil beri keterangan – Azam Baki

KUALA LUMPUR: Seorang bekas Perdana Menteri akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), untuk memberi keterangan berhubung perbelanjaan dana RM700 juta bagi tujuan promosi dan publisiti dalam minggu ini atau selewat-lewatnya minggu depan. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pegawai di pejabat bekas Perdana Menteri berkenaan yang terbabit juga akan turut dipanggil. “Tidak […]

Pelabur asing beli RM524.9 juta saham minggu pertama 2024

KUALA LUMPUR: Pelabur asing terus menyokong ekuiti domestik di Bursa Malaysia bagi minggu keempat berturut-turut, apabila belian bersih mereka meningkat lebih tiga kali ganda kepada RM524.9 juta pada minggu dagangan pertama 2024 daripada RM165.3 juta yang dicatatkan minggu sebelumnya. Penyelidikan oleh MIDF Amanah Investment Bank Bhd menjelaskan, aliran masuk asing bersih direkodkan setiap hari dagangan […]

KWAP lantik Zarina Halim sebagai Ketua Pegawai Perkhidmatan Persaraan baharu

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) telah melantik Zarina Halim sebagai Ketua Pegawai Perkhidmatan Persaraan KWAP yang baharu. Perlantikan itu berkuat kuasa pada 2 Januari 2024. Zarina kini bertanggungjawab untuk membangunkan dan melaksanakan dasar, strategi dan inisiatif bagi Bahagian Perkhidmatan Persaraan KWAP agar dapat mengekalkan kecemerlangan prestasi perkhidmatannya. Selain itu, beliau juga akan memantau perkhidmatan […]