Heitech Padu, MyE.G meterai kerjasama teroka perkhidmatan IT

KUALA LUMPUR: HeiTech Padu Bhd telah memeterai perjanjian dengan MyEG Services Bhd untuk membentuk kerjasama interim bagi meneroka perkhidmatan berkaitan industri teknologi maklumat (IT) di Malaysia. HeiTech Padu dalam pemakluman kepada Bursa Malaysia berkata, perjanjian itu sah selama setahun dari tarikh ia ditandatangani melainkan dan sehingga digantikan dengan perjanjian berikutnya yang dibuat oleh kedua-dua pihak, […]

Tengku Muhammad Iskandar dilantik sebagai Pengerusi anak syarikat EDOTCO

KUALA LUMPUR: EDOTCO Malaysia telah melantik Tengku Arif Bendahara Pahang, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah sebagai Pengerusi anak syarikatnya Shahzan Alam Muda Sdn. Bhd. Shahzan Alam Muda merupakan satu-satunya Agensi Setempat (O.S.A) yang bertanggungjawab terhadap semua pembangunan infrastruktur telekomunikasi di negeri Pahang. Berikutan pengambilalihan EDOTCO Malaysia ke […]

Abdul Rahman dilantik Presiden & Ketua Eksekutif PNB mulai 1 Julai 2024

KUALA LUMPUR: Datuk Abdul Rahman Ahmad dilantik sebagai Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), berkuat kuasa 1 Julai 2024, umum Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB). Abdul Rahman ketika ini menjawat jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Kumpulan CIMB dan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Bank Bhd, dan telah berkhidmat sejak 2020. Sebelum menjawat jawatan […]

Serangan Iran cetus kenaikan harga emas, minyak

KUALA LUMPUR: Laporan awal membabitkan serangan Iran ke atas Israel hujung minggu lalu mencetuskan kenaikan harga emas dan minyak mentah. CIMB Treasury and Markets Research dalam satu nota penyelidikan berkata, peningkatan konflik di Asia Barat menyaksikan harga emas meningkat melepasi paras tertinggi baharu AS$2,420 (RM11,537.30) seauns atau RM370.93 segram di tengah-tengah laporan awal, sebelum menyusut […]

Muhtar Suhaili CEO baharu EPIC Berhad berkuatkuasa 17 April 2024

KUALA LUMPUR: Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd (EPIC) melantik Muhtar Suhaili sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan baharu berkuat kuasa 17 April ini. Pelantikan beliau bagi menggantikan Ridzuan Ali yang menamatkan perkhidmatan esok. Muhtar sebelum ini adalah Ketua Pegawai Operasi Kumpulan EPIC. Muhtar mempunyai pengalaman lebih daripada 20 tahun dalam industri minyak dan gas, automotif, […]

The Raw sumbang 50 tan beras kepada 10,000 penerima

KUALA LUMPUR: Jenama penjagaan kulit, The Raw menerusi ‘Inisiatif Sentuhan Kasih The Raw’ menyumbang sebanyak 50 tan beras kepada 10,000 golongan memerlukan terutama golongan wanita dan ibu tunggal. Inisiatif itu dijayakan bersama Pertubuhan Kebajikan RichWorks (RichWell) dan Enrichment Media Lab Sdn Bhd dengan kerjasama Persatuan Gerak Wanita Islam Malaysia (GERAKWANIS). Pegawai Perhubungan awam, syarikat itu, […]

Elrah Exclusive catat peningkatan 15% jualan hampir RM200 juta

BANGI: Elrah Exclusive catat peningkatan jualan sebanyak 15% sempena sambutan hari raya Aidilfitri tahun ini. Pengasas jenama pakaian tempatan popular itu, Mohd Hilmi Che Azman berkata, peningkatan jualan itu mencecah hampir RM200 juta. Bagaimanapun, Mohd Hilmi yang lebih dikenali sebagai El Azman berkata, jumlah keseluruhan jualan pada tahun ini masih belum dimuktamadkan berikutan masih berbaki […]

PRK Kuala Kubu Baharu 11 Mei ini

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini dengan 27 April sebagai hari penamaan calon. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh, berkata hari pengundian awal pula ditetapkan pada 7 Mei ini dengan tempoh berkempen selama 14 hari. “Tempoh berkempen bermula selepas […]

LTAT isytihar dividen 5% bagi 2023 dengan agihan berjumlah RM485 juta

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) hari ini mengisytiharkan kadar dividen sebanyak 5%, sama seperti 2022 dengan bayaran yang lebih tinggi. LTAT dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengagihkan sejumlah RM485.08 juta berbanding RM476.45 juta yang dibayar pada 2022. Kumpulan itu yang kebanyakannya menguruskan simpanan persaraan anggota tentera, mengagihkan dividen kepada 123,380 pencarum. Menteri Pertahanan, […]