PETRONAS, Jogmec jalin kerjasama inisiatif peralihan tenaga

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) memeterai memorandum kerjasama dengan Japan Organisation for Metals and Energy Security (Jogmec) untuk bekerjasama dalam inisiatif peralihan tenaga ke arah mencapai sasaran peralihan tenaga dan penyahkarbonan. Dalam satu kenyataan hari ini, Petronas berkata inisiatif itu termasuk kerjasama yang berpotensi dalam hidrogen hijau/biru dan pembangunan ammonia bahan api, penangkapan dan […]

11 syarikat tempatan rekod potensi jualan lebih RM318 juta di Gulfood 2023

KUALA LUMPUR: 11 syarikat Malaysia yang menyertai Gulfood 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini di bawah Program Eksport Perniagaan (BEP) merekodkan potensi jualan bernilai AS$72.525 juta (RM318.515 juta). BEP dilaksanakan melalui agensi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), SME Bank. Gulfood 2023 yang merupakan pameran perdagangan makanan dan minuman (F&B) terbesar dunia […]

Fitch Solutions rendahkan unjuran defisit Malaysia

KUALA LUMPUR: Penyatuan fiskal akan berlaku di Malaysia lebih pantas pada era pasca pandemik, ia diunjurkan berkurangan pada 2023 kepada 4.9 peratus daripada 5.3 peratus sebelumnya, kata Fitch Solutions Country Risk and Industry Research (Fitch Solutions). Fitch Solutions dalam laporan prospeknya berkata ia telah menyemak turun unjuran defisit Belanjawan Malaysia 2023 berikutan jumlah perbelanjaan Kerajaan […]

BNM serap lebihan mudah tunai RM40.03B dalam sistem konvensional, RM32.56B dana Islam

KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan. Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM40.03 bilion dalam sistem konvensional dan RM32.56 bilion dalam dana Islam. Hari ini, bank pusat akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional bernilai RM500 juta, masing-masing untuk tujuh […]

Sabitan 2 bekas kakitangan Goldman bukti penyelesaian 1MDB ‘diragui’, kata Johari

Kuala Lumpur – Sabitan jenayah terhadap dua bekas pekerja Goldman Sachs secara konklusif menunjukkan “keraguan” dalam perjanjian penyelesaian 1MDB dimeterai oleh pentadbiran Muhyiddin Yassin dengan bank pelaburan itu, kata seorang Ahli Parlimen. Portal FMT melaporkan, Ahli Parlimen Titiwangsa Johari Ghani berkata mengenai jangkaan hukuman terhadap bekas jurubank Roger Ng oleh hakim daerah AS Margo Brodie […]