Naza muncul pemegang saham utama ECA Integrated Solution

KUALA LUMPUR: Naza Corporation Berhad muncul sebagai pemegang saham utama ECA Integrated Solution Berhad selepas memperoleh 5.18% kepentingan atau 30 juta saham pada Jumaat lepas. Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, berikutan pemerolahan kepentingan itu, kumpulan itu kini adalah pemegang saham keempat terbesar bagi pembekal rumusan pembuatan automatik. Pemegang saham terbesar kumpulan itu adalah Pengarah […]

Bursa Malaysia catat untung sembilan bulan RM192.8 juta

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Bhd mencatatkan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) RM192.8 juta bagi sembilan bulan berakhir 30 September 2023, 8.6 peratus lebih tinggi daripada RM177.6 juta yang direkodkan pada tempoh sama tahun lalu. Peningkatan ketara PATAMI itu adalah disebabkan oleh perbelanjaan operasi yang lebih rendah, susut sebanyak 2.4 peratus kepada RM209.6 juta […]

PLKN dilaksana dua fasa libat pelajar Tingkatan 4, lepasan SPM

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melaksanakan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimansuhkan pada 2018 menerusi dua fasa. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Fasa 1 melibatkan pelajar Tingkatan Empat melalui silibus Kementerian Pendidikan (KPM), yang mengandungi silibus kokurikulum seperti kadet polis, bomba dan pengakap. Menurutnya, pelajar Tingkatan Lima yang dikecualikan untuk menjalani latihan […]

Bintai Kinden peroleh kontrak bernilai RM3.5 juta bekal 300 katil di Hospital Petra Jaya

KUALA LUMPUR: Bintai Kinden Corporation Bhd (BKCB) melalui anak syarikat 50.5% miliknya, Johnson Medical International Sdn Bhd (JMI) memperoleh kontrak bernilai RM3.5 juta daripada Blackfox Engineering Sdn Bhd (BFESB). Kontrak tersebut melibatkan pembekalan, penghantaran, pemasangan, pengujian, pentauliahan dan penyelenggaraan sistem loket untuk 300 buah katil di Hospital Petra Jaya, Kuching, Sarawak. Pengarah Urusan merangkap Ketua […]

Adam Radlan akan didakwa lagi pertuduhan pengubahan wang haram minggu depan

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut Adam Radlan Adam Muhammad akan didakwa lagi atas pertuduhan menggunakan wang hasil daripada aktiviti haram di Mahkamah Sesyen Shah Alam minggu hadapan. Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fadhly Mohd Zamry dan Farah Yasmin Salleh semasa sebutan kes Adam Radlan, 42, membabitkan lima pertuduhan rasuah berhubung projek […]

Ranhill teroka kerjasama dengan China Energy Engineering bagi projek bekalan air minuman di Indonesia

KUALA LUMPUR: Ranhill Utilities Berhad merancang untuk bekerjasama dengan China Energy International Group Co Ltd (CEIG) bagi pembangunan projek kemudahan bekalan air minuman serantau awam-swasta di Indonesia. Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Kumpulan itu berkata, mereka telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan CEIG bagi bersama-sama meneruskan projek bekalan air Ir H Djuanda/Jatiluhur II, selain membangunkan […]

Berjaya Corp tingkat pegangan kepada 57.43% dalam Berjaya Food

UALA LUMPUR: Berjaya Corp Bhd (BCorp) meningkatkan peganganya dalam Berjaya Food Bhd (BFood) kepada 57.43% daripada 55.31% selepas membeli 37.25 juta saham. Menurut makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat pengendali rangkaian Starbucks, Kenny Rogers Roasters dan Jollibean Foods di Malaysia itu membayar sejumlah RM26.59 juta, atau 71.4 sen sesaham bagi blok saham yang dibeli itu. Pada […]

BNM dijangka kekalkan kadar OPR

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar Dasar Semalaman (OPR) bagi mengelak kejutan pasaran atau menghimpit ekonomi. Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI, Kashif Ansari berkata semua petunjuk mencadangkan bahawa kadar yang lebih tinggi tidak diperlukan, sementara inflasi terkawal dan pertumbuhan ekonomi telah tenang. Menurut beliau, pasaran perumahan dan kewangan […]

Agrobank pastikan bekalan ayam di ladang stabil

KUALA LUMPUR: Selaras dengan penamatan subsidi dan kawalan harga ayam yang bermula esok, Agrobank memandang serius dalam memastikan status bekalan harga ayam di ladang berada dalam keadaan stabil dan tidak membebankan rakyat. Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, berkata Agrobank sentiasa komited untuk bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan […]

Bezza model kereta PERODUA paling laris tahun ini

KUALA LUMPUR: Jualan automotif oleh UMW Group mencecah 38,223 unit pada September 2023, mencatatkan kenaikan sebanyak 13 peratus daripada setahun lalu apabila UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) dan syarikat sekutu UMW, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA), terus merekodkan tempahan memberangsangkan. Menurut UMW, bagi tempoh sembilan bulan, jualan automotif kumpulan meningkat 16 peratus kepada […]