Wan Ahmad Dahlan dilantik sebagai KPPA baharu

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) yang baharu, berkuat kuasa 9 Januari 2024. Pelantikan itu diumumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, setelah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi menggantikan Datuk […]

Bekas PM, pegawai dipanggil beri keterangan – Azam Baki

KUALA LUMPUR: Seorang bekas Perdana Menteri akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), untuk memberi keterangan berhubung perbelanjaan dana RM700 juta bagi tujuan promosi dan publisiti dalam minggu ini atau selewat-lewatnya minggu depan. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pegawai di pejabat bekas Perdana Menteri berkenaan yang terbabit juga akan turut dipanggil. “Tidak […]

Pelabur asing beli RM524.9 juta saham minggu pertama 2024

KUALA LUMPUR: Pelabur asing terus menyokong ekuiti domestik di Bursa Malaysia bagi minggu keempat berturut-turut, apabila belian bersih mereka meningkat lebih tiga kali ganda kepada RM524.9 juta pada minggu dagangan pertama 2024 daripada RM165.3 juta yang dicatatkan minggu sebelumnya. Penyelidikan oleh MIDF Amanah Investment Bank Bhd menjelaskan, aliran masuk asing bersih direkodkan setiap hari dagangan […]

KWAP lantik Zarina Halim sebagai Ketua Pegawai Perkhidmatan Persaraan baharu

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) telah melantik Zarina Halim sebagai Ketua Pegawai Perkhidmatan Persaraan KWAP yang baharu. Perlantikan itu berkuat kuasa pada 2 Januari 2024. Zarina kini bertanggungjawab untuk membangunkan dan melaksanakan dasar, strategi dan inisiatif bagi Bahagian Perkhidmatan Persaraan KWAP agar dapat mengekalkan kecemerlangan prestasi perkhidmatannya. Selain itu, beliau juga akan memantau perkhidmatan […]

Saham Ibraco melonjak susulan projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching

KUALA LUMPUR: Saham Ibraco Bhd hari ini meningkat susulan penubuhan syarikat usaha sama milik penuhnya, Ibraco Construction Sdn Bhd (ICSB). Setakat rehat tengah hari, saham syarikat itu naik 14.59% atau 15.3 sen kepada RM1.06. Penubuhan syarikat usaha sama Ibraco CREC JV Sdn Bhd adalah untuk pembinaan dan penyiapan kerja-kerja infrastruktur bagi projek Sistem Pengangkutan Bandar […]

Ekonomi Malaysia berada dalam momentum baik capai sasaran KDNK 4 – 5%

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia berada dalam momentum yang baik untuk mencapai sasaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada sekitar 4 hingga 5 peratus bagi tahun 2023, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia. Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata sentimen perbelanjaan pengguna lazimnya berada pada tahap melebihi purata pada suku keempat berbanding suku tahun lain. […]

Agrobank tawar moratorium enam bulan kepada pelanggan terjejas banjir

KUALA LUMPUR: Agrobank menawarkan pelan bantuan banjir Agrobank 2024 kepada pelanggannya yang terjejas akibat banjir. Pelan itu merangkumi penjadualan atau penstrukturan semula pembiayaan dan tawaran moratorium sehingga enam bulan kepada pelanggannya yang terjejas akibat banjir. Ianya ditawarkan kepada pelanggan Agrobank yang terjejas di Selangor, Pahang, Terengganu, Kelantan dan negeri lain di seluruh negara. Ketua Pegawai […]

Anak Premier Sarawak, Abang Abdillah Izzarim Pengerusi baharu Minetech

KUALA LUMPUR: Minetech Resources Bhd, mengumumkan pelantikan Abang Abdillah Izzarim Abang Abdul Rahman Zohari sebagai pengerusi eksekutif baharu syarikat. Syarikat pakar kejuruteraan awam, pengeluar produk bitumen serta pemain baru dalam ruang tenaga suria, dalam kenyataannya berkata Abang Abdillah Izzarim membawa banyak pengalaman dan gaya kepimpinan praktikal kepada syarikat tersebut. Abang Abdillah Izzarim yang memulakan kerjaya […]

Wan Mohd Fadzmi Pengerusi Labuan FSA baharu

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MOF) melantik Datuk Wan Mohd Fadzmi Che Wan Othman Fadzilah sebagai Pengerusi Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA), berkuat kuasa 1 Januari 2023. Labuan FSA berkata, perlantikan Wan Mohd Fadzmi bagi menggantikan Datuk Siti Zainab Omar, yang bersara pada Mei 2023. Menurutnya, beliau mempunyai pengalaman menjangkau lebih 25 tahun dalam industri […]

Kapal Peronda Luar Pesisir pertama diserah kepada APMM

PELABUHAN KLANG: Kapal Peronda Luar Pesisir Pertama (OPV1) buatan tempatan secara rasminya diserahkan TH Heavy Engineering Berhad (THHE) kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN), pada 2 Januari 2023. Ketua Setiausaha KDN, Datuk Ruji Ubi, penyerahan secara rasmi itu bagi membolehkan kapal berkenaan diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) untuk melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan dan carilamat. […]