PRK Nenggiri ditetapkan 17 Ogos – SPR

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Nenggiri akan diadakan pada 17 Ogos dengan penamaan calon 3 Ogos. Pengerusi SPR, Ramlan Harun, berkata undi awal pula akan diadakan pada 13 Ogos. Pada 19 Jun lalu Speaker DUN Kelantan, Mohd Amar Abdullah, mengisytiharkan kerusi Nenggiri kosong selepas dimaklumkan Mohd Azizi Abu Naim bukan lagi ahli […]

Peguam CEO Prolintas tuntut penjelasan SPRM

KUALA LUMPUR: Peguam kepada Ketua Pegawai Eksekutif syarikat konsesi lebuh raya, yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) awal minggu ini, menuntut penjelasan daripada suruhanjaya itu mengapa anak guam mereka (Datuk Mohammad Azlan Abdullah) dihadapkan ke mahkamah tanpa notis awal. Farhan Read, yang mewakili CEO tersebut, menulis surat yang ditujukan kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan […]

PROLINTAS sahkan kakitangan ditahan SPRM

KUALA LUMPUR: Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (PROLINTAS) mengesahkan penahanan reman beberapa kakitangannya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan membabitkan kes pembinaan. PROLINTAS dalam kenyataannya berkata, pihaknya komited dan bersedia untuk bekerja rapat dengan semua pihak berkuasa berkaitan dalam membantu siasatan. “PROLINTAS menerima maklum bahawa beberapa warga kerja kami telah ditahan […]

Kerajaan Sarawak henti suntik dana kepada SEDC, BDA mulai 2027

KUCHING: Kerajaan Sarawak tidak akan menyuntik sebarang dana bagi perbelanjaan modal kepada dua badan berkanunnya, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sarawak (SEDC) dan Lembaga Pembangunan Bintulu (BDA) berkuat kuasa 2027. Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata keputusan itu dilaksanakan berikutan kedua-dua badan itu berpotensi untuk berdikari selain memulakan budaya organisasi baharu untuk tidak terlalu […]

Isu Blackrock: KJ yakin UMNO tidak setuju jika dibawa ke Jemaah Menteri

KUALA LUMPUR: Bekas Pemimpin UMNO, Khairy Jamaluddin berkata beliau yakin menteri-menteri daripada UMNO akan membantah tindakan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) menjual pegangan dalam Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada syarikat pro-Israel, sekiranya isu itu dibawa ke Jemaah Menteri. “Saya bersangka baik terhadap rakan-rakan daripada UMNO, parti lama saya. Saya yakin kalau benda ini dibawa ke […]

FSBM Holdings keluar dari status PN17 – Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia memutuskan untuk meluluskan permohonan FSBM Holdings Bhd untuk ditarik balik daripada diklasifikasikan sebagai syarikat PN17. Syarikat itu telah berjaya mengawal kedudukan kewangannya dan tidak lagi mencetuskan mana-mana kriteria di bawah Perenggan 2.1 Nota Amalan 17 (PN17) Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Malaysia). FSBM berkata ia akan ditarik […]

Binastra terima kontrak RM313.7 juta daripada FYT Land untuk projek pembinaan pangsapuri di Kota Kinabalu

KUALA LUMPUR: Binastra Corporation Bhd menerusi Binastra Builders Sdn Bhd memperoleh kontrak bernilai RM313.7 juta daripada FYT Land (KK) Sdn Bhd. Kontrak tersebut membabitkan kerja-kerja luaran, sempadan, cerucuk serta bangunan utama bagi pembinaan pangsapuri di Kota Kinabalu, Sabah. Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, kerja-kerja luaran serta cerucuk itu adalah bagi pembinaan […]

PM faham keresahan rakyat berhubung kes Faisal Halim dan Zayn Rayyan, arah polis siasat rapi

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim, meminta pihak polis melakukan siasatan rapi ke atas kes melibatkan pemain Harimau Malaya, Faisal Halim dan pembunuhan kanak-kanak autism, Zayn Rayyan Abtul Matiin. Perdana Menteri berkata beliau memahami keresahan rakyat berhubung kezaliman ke atas mangsa ke itu tetapi siasatan kes perlu dilakukan melalui proses yang betul. “Sekarang riuh rendah kes […]

Hibiscus Petroleum cadang ambil alih kepentingan TotalEnergies Brunei

KUALA LUMPUR: Hibiscus Petroleum Bhd mengumumkan bahawa mereka telah memeterai perjanjian penjualan saham bersyarat dengan TotalEnergies Holdings International B.V. bagi mengambil alih TotalEnergies EP (Brunei) B.V pada harga RM1.22 bilion (AS$259.4 juta). Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, anak syarikatnya, Simpor Hibiscus Sdn Bhd telah memeterai perjanjian itu dengan TotalEnergies Holdings International […]